the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kanak-kanak lelaki dihantar kembali ke pangkuan keluarga

BALIK PULAU: Kanak-kanak lelaki yang dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak Jumaat lepas, susulan dibawa keluar oleh bapa saudaranya tanpa pengetahuan keluarga telah dihantar ke pangkuan keluarganya dalam keadaan selamat semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal (gambar) berkata kanak-kanak berusia lapan tahun itu diserahkan oleh bapa saudaranya itu kepada seorang lagi bapa saudara untuk dihantar kepada keluarganya di Teluk Kumbar, di sini.

“Polis menerima laporan daripada bapa tiri kanak-kanak itu memaklumkan kanak-kanak itu dibawa menaiki kereta oleh adik iparnya (suspek) pada 2.30 petang Jumaat lepas. Apabila mereka menghubungi adik iparnya, dia tidak menjawab panggilan telefon atau mesej menerusi aplikasi WhatsApp.

“Setakat Selasa, keluarga berkenaan masih gagal menghubungi lelaki terbabit bagi mengetahui keberadaannya dan kanak-kanak itu, lalu membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan anak mereka,“ katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Media sebelum ini melaporkan seorang ibu di Teluk Kumbar di sini, merayu supaya anak lelakinya dibawa pulang ke rumah dalam keadaan selamat.

Wanita terbabit mendakwa pada mulanya dia tidak mengesyaki apa-apa berikutan adik lelakinya yang berusia 29 tahun itu pernah membawa anaknya keluar bersiar-siar.

Mengulas lanjut, Kamarul Rizal berkata susulan laporan dibuat bapa tiri kanak-kanak itu, polis menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan lelaki dan kanak-kanak berkenaan termasuk ke rumah seorang ahli keluarga mereka di Batu Gajah, Perak pada Rabu.

“Kedua-duanya tiada di situ (Batu Gajah), namun lelaki itu dipercayai menyerahkan kanak-kanak berkenaan kepada abangnya untuk diserahkan kepada keluarga. Dia mendakwa tidak menculik anak saudaranya sebaliknya hanya membawanya berjalan-jalan,“ katanya.

Beliau berkata pihaknya kini giat mengesan lelaki itu dan kes sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 52 Akta Kanak-Kanak 2001. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings