the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
30.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kelantan bincang dengan kerajaan pusat atasi banjir termenung

PASIR MAS: Kerajaan Negeri Kelantan akan mengadakan perbincangan lanjut dengan kerajaan Persekutuan bagi mengatasi masalah banjir termenung terutamanya di beberapa buah kampung di sekitar Rantau Panjang.

Menteri Besar Datuk Mohd Nassuruddin Daud (gambar) berkata terdapat banyak rungutan daripada penduduk mendakwa pembinaan benteng projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok menyebabkan paras air banjir semakin tinggi dan mengakibatkan banjir termenung.

“Banyak rungutan daripada mangsa banjir yang mengharapkan agar Kerajaan Pusat membuat kajian mengenai pembinaan benteng tersebut. Kerajaan negeri juga faham projek benteng itu belum siap sepenuhnya.

“Bagi saya mungkin Kerajaan Pusat perlu memikirkan sesuatu sebelum projek itu siap sepenuhnya supaya air dapat mengalir dengan lancar dan mengelak berlakunya banjir termenung,” katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Sri Kiambang, di sini hari ini.

Mengenai cadangan agar dibina terowong atau membuka laluan air bagi mengalirkan air banjir daripada bertakung, Mohd Nassuruddin berkata sekiranya itu penyelesaian selepas kajian dijalankan, cadangan oleh penduduk kampung itu akan dilaksanakan.

“Banjir di sini (Pasir Mas dan Rantau Panjang) didakwa lebih besar daripada 2014 malah paras air lebih tinggi disebabkan wujudnya benteng tersebut.

“Kita bukan mahu lari daripada masalah banjir kerana ia sudah biasa berlaku tetapi sesuatu perlu dilakukan agar paras air tidak tinggi dan berlakunya banjir termenung,” katanya.

Sebelum ini, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) menyatakan akan melakukan ubah suai pada struktur alur limpah PLSB Sungai Golok di Pengkalan Teluk, Rantau Panjang, Kelantan susulan masalah banjir termenung di kawasan itu. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

A Pandastic Summer Birthday Celebration at Ocean Park Chance to win the all-new MAXUS...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - Ocean Park is set to ignite a summer of joy with the Pandastic Summer Birthday Celebration for its entire family of six beloved giant pandas, running from now until 31 August 2026.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings