the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan Perpaduan bincang peruntukan buat pembangkang hari ini

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) hari ini mempengerusikan mesyuarat Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan di Kompleks Seri Perdana di sini bagi membincangkan agihan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.

Mesyuarat yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof itu bermula 5.30 petang.

Antara yang hadir adalah Presiden Amanah yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu serta pimpinan tertinggi parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan.

Terdahulu Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dalam sidang media hari ini mengesahkan satu mesyuarat akan berlangsung petang ini bagi membincangkan mengenai agihan peruntukan kepada pembangkang.

Pada 13 April lepas Fadillah berkata tuntutan peruntukan oleh wakil rakyat pembangkang akan dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan pada hari ini.

Fadillah berkata hal ini susulan pertemuan beliau dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainuddin di Parlimen pada 19 Mac lepas.

Selain Hamzah, pertemuan bersama Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air itu turut disertai Ketua Whip Pembangkang Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings