the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan peruntuk RM30 juta bagi insentif pelaksanaan Dasar Gaji Progresif

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntuk RM30 juta bagi pemberian insentif tunai pelaksanaan projek rintis Dasar Gaji Progresif yang bermula Jun tahun depan melibatkan penyertaan 1,000 syarikat swasta termasuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli (gambar) berkata insentif berbentuk tunai itu disediakan mengikut kadar dan kumpulan pekerja pada peringkat permulaan serta bukan permulaan.

“Bagi kumpulan peringkat permulaan, syarikat layak menerima kadar insentif pada nilai tetap sehingga maksimum RM200 sebulan selama 12 bulan sekiranya syarikat membayar gaji pada kadar yang sama atau melebihi cadangan panduan kenaikan gaji tahunan.

“Bagi kumpulan pekerja bukan peringkat permulaan, syarikat layak menerima kadar insentif pada nilai tetap sehingga maksimum RM300 sebulan selama 12 bulan sekiranya syarikat memberi kadar kenaikan gaji tahunan berdasarkan panduan kenaikan gaji tahunan,” katanya dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Beliau berkata mekanisme pembayaran akan ditentukan sama ada dilakukan secara tuntutan suku tahunan atau separuh tahun.

Sementara itu, ketika membentangkan Kertas Putih Cadangan Dasar Gaji Progresif di Dewan Rakyat hari ini, Rafizi berkata ia bagi menerangkan tentang isu gaji di Malaysia dan pengenalan Dasar Gaji Progresif sebagai sebahagian usaha kerajaan untuk mengatasi masalah struktur pasaran buruh melalui reformasi gaji.

Beliau berkata berdasarkan Laporan Statistik Upah Pekerja (Sektor Formal) Suku Pertama Tahun 2023, sebanyak 73.3 peratus daripada 6.54 juta pekerja formal menerima gaji kurang RM5,000 sebulan manakala hampir 56 peratus pekerja menerima gaji di bawah gaji kehidupan wajar (RM3,047 sebulan).

Sebanyak 47 peratus pula menerima gaji di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (RM2,589 sebulan berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan 2022) manakala lebih 10 peratus pekerja formal menerima gaji di bawah kadar gaji minimum (RM1,500 sebulan).

Rafizi berkata Dasar Gaji Progresif mempunyai tiga ciri asas iaitu pelaksanaan secara sukarela, berteraskan insentif dan terkait dengan produktiviti.

Beliau berkata pelaksanaan Dasar Gaji Progresif bersifat sukarela tanpa undang-undang baharu untuk memastikan ketersediaan serta kemampuan majikan untuk menerima pakai model gaji progresif sekali gus memberi ruang mencukupi kepada syarikat untuk bersiap sedia dan melakukan penyesuaian tanpa tekanan kos yang terlalu besar.

“Penyertaan secara sukarela pula akan disokong oleh kerajaan melalui bantuan insentif tunai bagi membantu majikan membiayai sebahagian kos untuk menyertai Dasar Gaji Progresif.

“Insentif ini diberikan kepada syarikat yang memenuhi syarat dan kriteria untuk tempoh satu tahun bagi membolehkan syarikat menyesuaikan pelan perniagaan,” katanya sambil menambah pemberian insentif itu akan dikaji setiap tahun berdasarkan kedudukan fiskal kerajaan.

Beliau berkata kenaikan gaji yang terkait dengan produktiviti pula menekankan kesaksamaan di antara majikan dan pekerja melalui konsep timbal balik peningkatan produktiviti serta kenaikan gaji.

“Konsep ini bertujuan untuk menangani kebimbangan utama pihak majikan iaitu kenaikan gaji perlu seiring dengan peningkatan tahap kemahiran dan produktiviti pekerja,” katanya.

Rafizi juga berkata struktur tadbir urus yang mantap dan berkesan merentasi kementerian serta agensi akan diwujud melalui penubuhan beberapa jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Khas Kabinet, Jawatankuasa Eksekutif dan Jawatankuasa Kerja Pelaksanaan Dasar Gaji Progresif bagi pelaksanaan dasar berkenaan. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings