the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KPDN Johor: Tiada gerai jual burger, Roti John cecah RM40 di bazar Ramadan

JOHOR BAHRU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor mendapati tiada gerai menjual burger atau Roti John pada harga antara RM30 hingga RM40 di bazar Ramadan di Taman Suria di sini seperti yang tular di media sosial.

Pengarahnya Lilis Saslinda Pornomo berkata berdasarkan kepada pemeriksaan dalam Ops Samar di bazar tersebut dua hari lepas mendapati rata-rata burger dijual sekitar RM6 hingga RM10 dan Roti John antara RM6 hingga RM15.

“Pemeriksaan juga mendapati tiada caj plastik dikenakan peniaga di bazar Ramadan ini, seperti yang ditularkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Lilis Saslinda berkata setakat ini, hanya satu kompaun dikeluarkan di bazar tersebut atas kesalahan peniaga gagal meletakkan tanda harga mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011.

Baru-baru ini tular rakaman video oleh seorang individu mendakwa, peniaga di bazar tersebut mengenakan caj plastik 50 sen, selain menjual burger pada harga yang mahal iaitu RM30 dan Roti John pula mencecah RM40.

Dalam pada itu Lilis Saslinda berkata KPDN Johor melaksanakan 727 pemeriksaan di bazar Ramadan menerusi Ops Pantau, dengan tiga kompaun dikeluarkan di bawah AKHAP sepanjang operasi yang bermula 12 Mac. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Singapore’s Largest Pet Event Returns Bigger Than Ever with Singapore Pet Festival 2026

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - Pet lovers can look forward to the return of SG Pet Festival 2026, Singapore's largest pet exhibition, happening from 31 July to 2 August 2026 at Marina Bay Sands Convention Centre, Halls A, B, C & D.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings