the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
29.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KPDN Kelantan kesan 96 stor haram di sepanjang Sungai Golok

TUMPAT: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan mengesan 96 stor haram disyaki terlibat dalam kegiatan penyeludupan di sepanjang tebing Sungai Golok yang terletak di sempadan Malaysia – Thailand.

Pengarah KPDN Kelantan Azman Ismail berkata kesemua stor itu terletak di antara Pengkalan Kubor sehingga Jeli.

“Dalam Operasi Bersepadu yang dijalankan selama dua hari bermula 12 Dis lepas, pihak penguat kuasa berjaya menyerbu dan menggeledah lima stor selepas didapati terlibat dalam kegiatan penyeludupan bahan api.

“Dalam operasi itu, kita menahan seorang lelaki berumur 20-an yang sedang mengepam keluar petrol daripada sebuah kenderaan ke dalam tong. Kesemua minyak petrol itu disyaki akan diseludup ke negara jiran,” katanya pada sidang media di Balai Polis Pengkalan Kubor di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata suspek dipercayai antara sebahagian anggota sindiket yang menjalankan kegiatan membawa barang kawalan ke negara jiran dengan upah tertentu dan pihaknya juga sedang mengenal pasti pemilik stor terbabit.

Azman berkata sepanjang Op Bersepadu dijalankan, sebanyak 84 kes direkodkan dengan nilai rampasan berjumlah RM48,854 dan menahan sembilan orang berumur antara 19 hingga 50 tahun atas pelbagai kesalahan.

“KPDN juga merekodkan lapan kes di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 melibatkan penyeludupan dan penyelewengan barang kawalan minyak petrol, diesel, minyak masak bersubsidi, ubah suai tangki kenderaan dan gagal menyelenggara buku stok barang kawalan,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

KBS assessing possibility of Malaysia hosting F1 race

KBS is actively holding discussions and conducting assessments on the possibility of hosting a Formula 1 (F1) race at the Sepang International Circuit (SIC) to replace the Bahrain Grand Prix (GP) this October.

Novum Studio Secures New Funding to Launch Ahoy Project, an AI-Native Enterprise Transformation Platform,...

NEW YORK, USA - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - Novum Studio, the company behind Frog - a Gen Z social app often described as a "new-generation Snapchat" - said it has raised a new round of funding and will use the proceeds to launch Ahoy Project, an AI-native enterprise communication and collaboration platform, with internal testing scheduled for July 2026.

Shorter Trips, More Meaningful Experiences: OZO Taps into the Rise of Micro-trips Across Asia-Pacific

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - As travellers across Asia-Pacific increasingly look for greater flexibility and balance in the way they travel, shorter and more frequent getaways are becoming a popular alternative to waiting for one long annual holiday.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings