the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KPN: PDRM terima 37 laporan berhubung ancaman bom palsu di seluruh negara

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima sebanyak 37 laporan polis berhubung ancaman bom palsu di seluruh negara setakat 2 petang tadi.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain (gambar) berkata ia melibatkan 28 sekolah antarabangsa, tujuh sekolah swasta dan dua sekolah kerajaan.

Beliau berkata Selangor merupakan negeri tertinggi iaitu sebanyak 15 laporan polis, diikuti Kuala Lumpur sebanyak enam, Johor (enam), Pulau Pinang (tiga), Perak (dua), Negeri Sembilan (dua), Kedah (satu), Sarawak (satu) dan Sabah (satu).

“Susulan itu, PDRM telah membuka sembilan kertas siasatan berhubung kes berkenaan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Semalam, Razarudin memaklumkan PDRM telah menerima 19 laporan mengenai ancaman bom palsu yang dihantar melalui e-mel ke beberapa buah sekolah swasta dan kerajaan di seluruh negara.

Ancaman berkenaan dihantar menerusi dua akaun e-mel menggunakan nama ‘taktstorer’ yang bermaksud ‘pengganggu ketenteraman’ dalam bahasa Jerman daripada penyedia perkhidmatan e-mel beeble.com. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings