the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KPN: Polis selesai ambil keterangan Abdul Hadi Awang

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan telah merakam keterangan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini bagi membantu siasatan berhubung kenyataan beliau bertajuk “Ketinggian Islam wajib dipertahankan” pada 20 Feb lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain (gambar) berkata kertas siasatan Ahli Parlimen Marang itu akan diselesaikan dalam kadar segera.

“Kemudian kertas siasatan kami akan lengkapkan dan esok kami akan hantar ke Pejabat Jabatan Peguam Negara (AGC),” katanya secara ringkas melalui nota suara ketika dihubungi Bernama melalui aplikasi WhatsApp hari ini.

Terdahulu, dua pegawai dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman hadir bagi merakam keterangan Abdul Hadi pada 2.19 petang di ibu pejabat parti berkenaan.

Tinjauan Bernama mendapati kedua-dua pegawai dilihat meninggalkan bangunan pada 3.18 petang setelah selesai merakam percakapan Ahli Parlimen Marang itu.

Sementara itu, Penolong Setiausaha Agung PAS Mohd Syahir Che Sulaiman berkata Abdul Hadi telah mengutuskan sebuah Warkah Menjunjung Kasih kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, semalam.

Bagaimanapun, beliau tidak mengulas lanjut mengenai kandungan warkah itu, katanya ketika ditemui media selepas pihak polis selesai merakam keterangan Abdul Hadi, di sini hari ini. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

India, Malaysia reaffirm defence ties at military cooperation meeting

The meeting was co-chaired by Joint Secretary at India's Ministry of Defence, Shri Amitabh Prasad and Assistant Chief of Staff for Defence Operations and Training of the Malaysian Armed Forces, Major General Amer Mahmud Abdul Rahman.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings