the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KPN: Warga PDRM diseru laksana tugas secara profesional, beri khidmat berintegriti

KUALA LUMPUR: Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) diseru agar melaksanakan tugas secara profesional dan memberikan perkhidmatan bertunjangkan integriti dan tatakelola yang baik.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain (gambar) dalam perutusan sempena Hari Polis ke-217 yang bakal disambut 25 Mac ini berkata dengan mengekalkan tema ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’ dalam sambutan kali ini, seluruh warga PDRM sentiasa sedia berkhidmat memikul mandat dan tanggungjawab menjaga keselamatan negara dan ketenteraman awam.

“Kepada seluruh warga Sang Saka Biru, marilah sama-sama kita memperbaharui sumpah taat setia kepada Raja dan Negara, serta berikrar untuk memastikan keselamatan rakyat dan kedaulatan negara terus terpelihara,” katanya dalam perutusan itu yang dimuat naik di portal rasmi PDRM.

Razarudin berkata demi kesejahteraan seluruh keluarga Malaysia Madani, PDRM turut menzahirkan kesediaan untuk mengerah segala kudrat dan keringat dalam mendukung dasar-dasar kerajaan ke arah kesejahteraan masyarakat.

Beliau turut mengucapkan penghargaan tertinggi kepada Kerajaan Malaysia, Kementerian Dalam Negeri, pasukan-pasukan sahabat serta semua pihak yang sentiasa menyokong PDRM.

“Semoga hubungan baik serta jalinan kerjasama erat ini dapat terus diperkukuh ke arah mencapai satu matlamat yang sama demi memastikan kesejahteraan masyarakat dan keamanan negara kekal terpelihara,” katanya.

Beliau berkata jalinan akrab dengan masyarakat sebagai rakan strategik terpenting PDRM telah membantu polis dalam usaha pencegahan jenayah sekali gus membentuk masyarakat yang bertanggungjawab dan cintakan keamanan.

Razarudin turut melahirkan penghargaan buat seluruh warga PDRM kerana berbakti sebagai wira-wira negara yang menjadi tunjang utama kekuatan pasukan.

“Bersempena Ulang Tahun Peringatan Hari Polis kali ini, saya mengajak seluruh warga Pasukan untuk pasakkan tekad dan bulatkan iltizam dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik, demi kemaslahatan agama, bangsa dan nusa tercinta,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata pasukan itu berazam untuk memperbaiki kelemahan dan berikrar akan memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat sempena sambutan itu.

Beliau berkata selain memperbaiki kelemahan, beliau juga berharap Sang Saka Biru mampu memperkemas tatakelola dalam pasukan.

“Memanglah ada sedikit kekurangan…itu biasa, kita akan perbaiki kelemahan ini dan kita berikrar untuk beri khidmat terbaik kepada masyarakat,” katanya kepada pemberita pada Majlis Iftar dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri di Madrasathul Faridiyah di Sri Rampai di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dan Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) Datuk Jawahar Ali Taib Khan yang juga pengerusi madrasah.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings