the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
31.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lakukan amang seksual, pemuda diperintah ke Sekolah Henry Gurney

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan seorang pemuda dihantar ke Sekolah Henry Gurney di Telok Mas, Melaka kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun, pada Mac tahun lalu.

Hakim Tasnim Abu Bakar memutuskan demikian selepas tertuduh berusia 20 tahun itu mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan.

“Mengambil kira faktor tiada rekod jenayah lampau dan usia yang masih muda serta kepentingan awam, tertuduh diperintah ditahan di Sekolah Henry Gurney hingga mencapai usia 21 tahun. Perintah berkenaan mengikut Seksyen 76 Akta Kanak-Kanak 2001,” kata hakim itu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak itu di tangga sebuah blok kondominium di Wangsa Maju, di sini, antara jam 7 malam hingga 8 malam, pada 4 Mac tahun lepas.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit keselahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Ikhwan Mohd Nasir memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat dengan mengambil kira faktor kepentingan awam dan mangsa adalah kanak-kanak.

Bagaimanapun, tertuduh, yang tidak diwakili peguam, berkata dia menyerahkan kepada mahkamah untuk menjatuhkan hukuman. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Forest City SFZ Highlights Early JS-SEZ Traction as Investment Pipeline Expands

Forest City SFZ reported early progress under the Johor-Singapore Special Economic Zone, highlighting growing investment interest, family office incentives and improved cross-border connectivity as the economic corridor advances its strategy to attract regional businesses and long-term investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings