the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Laporan siasatan memoir: Tommy Thomas saman kerajaan, pasukan petugas khas

KUALA LUMPUR: Tan Sri Tommy Thomas (gambar) memfailkan saman terhadap pasukan petugas khas (STF) dan kerajaan Malaysia berhubung laporan siasatan memoirnya bertajuk “My Story: Justice In the Wilderness”.

Bekas Peguam Negara itu memfailkan saman itu menerusi Tetuan Tommy Thomas di Mahkamah Tinggi di sini pada 4 Dis lepas, selepas Mahkamah Tinggi pada 2 Okt mengarahkan supaya saman pemula difailkannya ditukar kepada saman sivil untuk didengar dan diselesaikan melalui perbicaraan penuh.

Dalam saman baharu itu, Thomas sebagai plaintif menamakan lapan ahli pasukan petugas khas iaitu Datuk Seri Fong Joo Chung, Datuk Seri Hashim Paijan, Datuk Dr Junaidah Kamarruddin, Datuk Jagjit Singh Bant Singh, Datuk Shaharudin Ali, K. Balaguru, Farah Adura Hamidi, Mohd Najib Surip dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan pertama hingga kesembilan.

Menerusi pernyataan tuntutan, Thomas mendakwa pada 30 Sept 2022, defendan pertama hingga kelapan telah menghasilkan dan membentangkan kepada defendan kesembilan (kerajaan) mengenai ‘Laporan Pasukan Petugas Khas – Siasatan Ke Atas Dakwaan-Dakwaan Dalam Buku Bertajuk “My Story: Justice In The Wilderess” Tulisan YHBG. Tan Sri Tommy Thomas, Bekas Peguam Negara’.

Beliau mendakwa laporan itu antaranya menyatakan kesalahannya semasa memegang jawatan sebagai peguam negara, mendedahkan rahsia-rahsia kerajaan serta campur tangan dalam badan kehakiman serta pelantikan hakim-hakim.

Thomas yang berkhidmat sebagai Peguam Negara dari Jun 2018 hingga Februari 2020, berkata Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang bertindak bagi pihak kerajaan ketika itu, mengarahkan agensi penguatkuasaan yang berkaitan menjalankan siasatan lanjut kemungkinan terdapat salah laku oleh beliau (Thomas).

Plaintif berkata semasa perhimpunan Barisan Nasional di Bagan Datuk pada 17 Okt 2022, Ismail Sabri secara terbuka mengumumkan bahawa beliau telah menyahklasifikasi laporan itu sebagai rahsia rasmi supaya ia boleh digunakan sebagai “peluru politik” untuk Pilihan Raya Umum Ke-15.

Thomas juga berkata Ismail Sabri telah meminta Menteri Undang-undang ketika itu untuk menerbitkan laporan berkenaan.

“Oleh itu, pelantikan defendan pertama hingga kelapan sebagai pasukan petugas khas bukan untuk tujuan siasatan tulen atau usaha mencari fakta ke atas kelakuan saya sebagai Peguam Negara tetapi sebagai ‘peluru politik’ bagi tujuan persendirian dan politik berkenaan dengan pilihan raya dan sebagai tindakan balas terhadap pilihan saya untuk membawa pertuduhan jenayah terhadap ahli-ahli UMNO,” dakwa Thomas.

Menurut plaintif, laporan pasukan petugas khas itu adalah dokumen tanpa kuasa undang-undang kerana pelantikan serta terma-terma rujukan pasukan berkenaan tidak disokong oleh mana-mana undang-undang bertulis dan laporan itu kononnya diklasifikasikan oleh kerajaan sebagai rahsia rasmi di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

Sehubungan itu, plaintif memohon deklarasi bahawa laporan siasatan terhadap buku itu tidak sah serta melanggar Seksyen-seksyen 499 dan 500 Kanun Keseksaan atau Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 selain melanggar hak plaintif terhadap reputasinya yang dilindungi di bawah Perkara 5(1), 8(1), 13(1) Perlembagaan Persekutuan.

Berdasarkan semakan sistem mahkamah, kes itu ditetapkan untuk pengurusan kes pada 30 Jan depan. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings