the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lebih RM75 juta tunggakan cukai belum dibayar kepada DBKK

KOTA KINABALU: Lebih RM75 juta tunggakan cukai belum dibayar oleh pengguna kepada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) setakat hari ini, kata Mayor DBKK Datuk Seri Dr Sabin Samitah (gambar).

Beliau berkata jumlah itu termasuk cukai kadaran RM54.3 juta, faedah RM19.21 juta, manakala bayaran notis sebanyak RM2.16 juta.

“Untuk menggalakkan pembayaran tunggakan cukai, sebanyak 75 peratus (untuk suku tahun pertama sahaja) diskaun bagi bayaran faedah serta notis pemberitahuan akan diberikan dengan syarat pembayaran cukai tunggakan dibayar sekali gus,” katanya menerusi kenyataan media di sini hari ini.

Sabin berkata rebat sebanyak lima peratus terhadap cukai tahun semasa pula diberikan sekiranya pembayar cukai kadaran tahun semasa dibayar sekali gus pada atau sebelum 31 Mac ini.

Beliau berkata pada tahun lepas, DBKK telah memfailkan 11 notis tuntutan cukai berjumlah RM30,485.73 serta tujuh kes saman untuk tindakan perintah pelaksanaan berjumlah RM64,518.24.

Sabin berkata dalam tahun yang sama, sebanyak 68 kes difailkan di mahkamah bagi kes pada tahun-tahun lepas berjaya diselesaikan dengan jumlah kutipan sebanyak RM634,051.52.

“DBKK menggalakkan semua pembayar menjelaskan cukai kadaran masing-masing untuk mengelakkan pengenaan faedah serta tindakan undang-undang,” katanya. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The VinFast VF 8 and the New Priorities of EV Ownership

DUBAI, UAE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Today's EV buyers are looking beyond range and horsepower. They want an ownership experience that is just as reassuring as the vehicle itself, and that is where the VinFast VF 8 makes a strong case.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings