the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 22, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lelaki maut selepas dilanggar bas ekspres di KM115 Lebuh Raya Utara Selatan

BATU PAHAT: Seorang lelaki maut dilanggar bas ekspres selepas tercampak keluar daripada kereta dipandunya di Kilometer 115, Lebuh Raya Utara Selatan, arah selatan, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Ismail Dollah berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 2.45 pagi.

Beliau berkata kereta jenis Perodua Bezza yang dipandu N. Shashitharan, 25, terbalik setelah melanggar belakang sebuah lori.

Akibat pelanggaran itu, Ismail berkata mangsa kemudiannya tercampak keluar ke atas jalan sebelum dilanggar oleh sebuah bas ekspres yang datang dari arah yang sama.

“Sementara itu, lori yang dipandu lelaki berusia 48 tahun, terbabas di bahu jalan sebelah kiri dan mengalami kecederaan ringan manakala pemandu bas berusia 25 tahun bersama 28 penumpang, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Semua pemandu adalah warga tempatan dan mangsa yang meninggal dunia berasal dari Bahau, Negeri Sembilan. Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat untuk dibedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings