the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lelaki Myanmar dan Bangladesh disyaki dalang utama sindiket pekerja asing ditahan

PUTRAJAYA: Dua lelaki warga asing dari Myanmar dan Bangladesh yang disyaki dalang utama sindiket pekerja asing ditahan Jabatan Imigresen (JIM) menerusi operasi khas semalam di ibu negara.

Kedua-dua mereka yang berusia antara 50 hingga 52 tahun ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155), Akta Pasport 1966 (Akta 150) dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan ditahan di Depot Imigresen Putrajaya untuk tindakan lanjut.

Ketua Pengarah JIM Datuk Ruslin Jusoh (gambar) berkata modus operandi sindiket adalah dengan menjalankan aktiviti sebagai ejen pekerja asing bagi program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK 2.0) dengan menyasarkan warganegara sumber seperti Bangladesh dan Indonesia.

“Sindiket ini menawarkan perkhidmatan seperti urusan pendaftaran permohonan program RTK 2.0 di pejabat imigresen dan dipercayai telah menjalankan operasi selama setahun dengan bayaran yang dikenakan bagi setiap pekerja asing ini antara RM1,500 hingga RM2,000,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Hasil semakan awal mendapati lelaki Myanmar itu berstatus Pemastautin Tetap (PR) manakala lelaki Bangladesh itu memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) bagi Sektor Perkhidmatan yang masih sah laku dan kedua-dua mereka telah berkahwin dengan warga tempatan.

Beliau berkata pasukan operasi telah merampas wang tunai sebanyak RM91,550.00, 12 pasport Bangladesh, senaskhah pasport Indonesia, dokumen syarikat, dokumen permohonan program RTK dan tiga unit telefon bimbit.

Beliau berkata tiga individu tempatan juga telah diberikan notis untuk hadir ke pejabat imigresen bagi membantu siasatan.

“Jabatan akan meneruskan tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan di bawah Akta 155, Akta 150, Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM),“ katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Hong Kong Disneyland Continues to Enhance Guest Experience Through Flexible Weather Adaptation Measures

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - As Hong Kong's summer weather becomes increasingly unpredictable, with periods of extreme heat, high humidity, and occasional rain showers and thunderstorms, Hong Kong Disneyland Resort (HKDL) continues to enhance its facilities and operations to better support guests and cast members throughout the season.

Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) Announces Tender Sale of Optical Inventory Located...

SHENZHEN, CHINA - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) is inviting expressions of interest from optical retailers, distributors, wholesalers, exporters, and trade buyers for the acquisition of its inventory through a tender sale process.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings