the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
30.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lima ditahan pukul lelaki sampai maut di Semenyih

KUALA LUMPUR: Lima lelaki berusia antara 22 hingga 52 tahun ditahan selepas disyaki memukul seorang lelaki sehingga maut dalam kejadian di Taman Pelangi Semenyih dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata kesemua suspek ditahan di sekitar Semenyih dan Beranang pada 2.05 pagi tadi dan direman sehingga 25 Feb ini.

Beliau berkata menurut saksi kejadian yang berlaku sekitar 9.20 malam tadi, mangsa yang merupakan seorang lelaki tempatan berusia 42 tahun yang memandu kereta jenis Proton Saga telah terbabas dan melanggar pagar kawasan perumahan berkenaan sebelum ditarik oleh sekumpulan lelaki dan dipukul.

“Mangsa turut diikat oleh suspek dan dibiarkan terbaring di atas jalan berhampiran keretanya. Pihak ambulans yang hadir mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Zaid berkata pasukan forensik Bukit Aman telah mengambil beberapa sampel darah termasuk kesan cap jari serta dua utas gumpalan tali berwarna hijau dan coklat di lokasi kejadian.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kejadian berlaku selepas mangsa terlibat dalam satu kejadian langgar lari dengan seorang penunggang motosikal dan kemudian dikejar oleh orang ramai sehingga menyebabkan beliau terbabas sebelum dipukul.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat kes ASP Redzuan Mat Salleh di talian 013-7854100 dan Insp. Ammar Tahir di talian 018-2194013 bagi membantu siasatan. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Ogilvy unveils inaugural 2026 APAC Believability Index as study reveals hidden cost of lost...

Ogilvy's inaugural APAC Believability Index reveals that 93% of consumers quietly disengage when trust is lost, highlighting the commercial impact of declining credibility. The study also introduces an AI-powered diagnostic tool to help organisations identify reputational risks and strengthen consumer confidence.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings