the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Liu Ying: Tang Jie-Ee Wei perlu bijak pilih bilangan kejohanan

PETALING JAYA: Beregu campuran utama negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei disarankan agar bijak memilih bilangan kejohanan yang akan disertai mereka menjelang Sukan Olimpik Paris 2024 yang akan membuka tirai 26 Julai ini.

Bekas pemain beregu campuran negara Goh Liu Ying (gambar) berkata langkah itu bagi mengelakkan kecederaan buat gandingan tersebut yang kini berada di ranking kelapan dalam kelayakan Olimpik untuk membuat penampilan pertama di temasya berprestij itu.

“(Pengiraan) Mata Olimpik pun sudah nak tutup jadi saya rasa sekarang ialah masa untuk latihan sebagai persediaan ke Olimpik.

“Mungkin kita boleh main lagi beberapa kejohanan tidak lebih daripada lima sebelum Olimpik,“ katanya kepada Bernama selepas menghadiri tayangan muzik video ‘Swing It, Work It, Shake It’ di Emhub, Petaling Jaya di sini hari ini.

Setiap negara mempunyai kuota maksimum dua wakil bagi satu kategori jika kedua-duanya menghuni kedudukan lapan terbaik sehingga tarikh akhir kelayakan 28 April ini.

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2016 itu turut berpendapat pakar psikologi mampu meningkatkan kekuatan mental Tang Jie dan Ee Wei yang juga naib juara Terbuka Switzerland 2024 itu.

“…mereka boleh mempamerkan aksi yang baik tetapi mungkin terlalu nak menang jadi boleh menyebabkan prestasi mereka turun naik.

“Saya rasa keyakinan mereka memang ada tetapi mungkin keinginan mereka terlalu tinggi jadi keadaan yang tak seimbang untuk sekarang,“ katanya.

Liu Ying turut mencadangkan beregu itu supaya membuat persiapan berhubung kekuatan mental yang boleh membantu mereka dalam aksi di Olimpik. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

A Pandastic Summer Birthday Celebration at Ocean Park Chance to win the all-new MAXUS...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - Ocean Park is set to ignite a summer of joy with the Pandastic Summer Birthday Celebration for its entire family of six beloved giant pandas, running from now until 31 August 2026.

Hong Kong Disneyland Continues to Enhance Guest Experience Through Flexible Weather Adaptation Measures

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - As Hong Kong's summer weather becomes increasingly unpredictable, with periods of extreme heat, high humidity, and occasional rain showers and thunderstorms, Hong Kong Disneyland Resort (HKDL) continues to enhance its facilities and operations to better support guests and cast members throughout the season.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings