the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Loke: Subsidi tiket penerbangan tiga hari sebelum perayaan

PUTRAJAYA: Kerajaan akan melaksanakan bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan kelas ekonomi yang melebihi RM599 sehala dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan untuk perjalanan tiga hari sebelum perayaan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke (gambar).

Beliau berkata inisiatif itu akan dimulakan pada perayaan Krismas yang disambut 25 Dis ini dengan pembelian bermula esok pukul 12.01 tengah malam bagi perjalanan tiga hari sebelum perayaan iaitu pada 22, 23 dan 24 Dis.

Dasar sama akan diteruskan tahun hadapan bagi perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, Pesta Kaamatan, Hari Gawai dan Krismas dengan pembelian tiket dibuka pada 1 Januari 2024 pukul 12.01 tengah malam, katanya.

“Harga tiket penerbangan kelas ekonomi sehala yang disubsidikan ini tidak termasuk cukai dan fi,“ katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Loke berkata bantuan subsidi itu dipersetujui sebulat suara oleh Jemaah Menteri pada 13 Dis lepas ekoran keluhan tentang harga tiket kapal terbang yang tinggi sebelum musim perayaan terutama bagi rakyat Sabah, Sarawak dan Labuan yang menetap, bekerja dan belajar di Semenanjung.

Bagi tiket penerbangan kelas ekonomi yang melebihi RM599 itu, Loke berkata kerajaan akan membayar perbezaan harga antara harga asal dengan harga maksimum tiket penerbangan itu.

Memberikan contoh, Loke berkata jika harga tiket penerbangan ekonomi RM1,500 sehala dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu pada 23 Dis, pembeli hanya membayar RM599, manakala RM901 akan ditampung kerajaan.

Loke berkata Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) dipertanggungjawabkan sebagai urus setia dan urusan pembayaran kepada syarikat penerbangan bagi inisiatif bantuan subsidi itu.

Tanpa memberikan implikasi kewangan sebenar yang terlibat, beliau berkata kerajaan dijangka menampung jutaan ringgit untuk setiap musim perayaan dan orang ramai boleh membeli tiket penerbangan melalui laman sesawang syarikat penerbangan domestik antaranya AirAsia, Firefly, Malaysia Airlines Bhd dan Batik Air.

Sementara itu, Loke berkata Mavcom telah memudah cara 114 penerbangan tambahan antara Semenanjung dengan Sabah, Sarawak dan Labuan.

Beliau berkata strategi itu menunjukkan kesan yang positif apabila harga dari Kuala Lumpur ke destinasi utama di Sabah dan Sarawak turun antara lima hingga 33 peratus setakat pagi tadi berbanding minggu lepas. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Shopee Launches #MyShopeeJingle Competition with S$10,000 Cash Prize and Opportunity to Create Its Next...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Shopee today launched #MyShopeeJingle, a nationwide competition inviting tertiary students across Singapore to create the next soundtrack for Shopee's iconic 12.12 campaign.

Freshening Leverages Shopee’s Integrated Solutions to Scale Consumer Brand Zappy

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - As more established Singapore businesses adapt to changing consumer shopping habits, Shopee is helping manufacturers strengthen direct relationships with consumers through e-commerce, enabling traditionally B2B businesses to build recognised consumer brands and drive long-term growth.

1win Breaks World Record by Bringing Football to the Top of Bogotá

BOGOTÁ, COLOMBIA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - 1win, in partnership with Colombian football creators FUTTO, has officially set a world record by organizing the highest football match ever played on top of a building.

BDMS Launches WellEra Bangkok, a US$865 Million Wellness Complex With Capella Hotel Group as...

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Bangkok Dusit Medical Services Public Company Limited (BDMS), one of Asia-Pacific's leading healthcare providers, has unveiled WellEra Bangkok, an approximately US$865 million (THB 29 billion) wellness-integrated development that reimagines how the built environment can actively support healthier, longer lives.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings