the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

M Daud Kilau meninggal dunia

IPOH: Bintang legenda, Datuk M Daud Kilau, 85, meninggal dunia di Hospital Teluk Intan kira-kira pukul 4.40 petang hari ini.

Pemergian Raja Gelek Malaysia itu disahkan oleh cucu Allahyarham, Hasnor Ikram melalui laman sosial Instagram.

“Atuk saya Mohd Daud bin Kilau telah hembuskan nafasnya yang terakhir sebentar sahaja tadi. Al-Fatihah,“ katanya ringkas menerusi ‘Insta Story’ melalui akaun peribadinya.

Penyanyi lagu malar segar “Che Mek Molek” itu sebelum ini berdepan masalah kesihatan seperti penyakit kencing manis, tidak boleh berdiri lama, kebas kaki dan tangan serta pinggang selain keadaan jantung yang tidak stabil serta kurang pendengaran.

Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Balah Baroh, Bagan Datuk selepas zuhur esok. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings