the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mahkamah: 27 Jun keputusan permohonan Badan Peguam berhubung kes DNAA Zahid

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 27 Jun ini bagi keputusan permohonan kebenaran Badan Peguam untuk memulakan semakan kehakiman bagi mencabar tindakan Peguam Negara memberhentikan prosiding terhadap Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam kes rasuah dana Yayasan Akalbudi yang diasaskannya.

Pada tarikh sama, Hakim Datuk Amarjeet Singh akan memutuskan permohonan Badan Peguam untuk merujuk tiga persoalan undang-undang ke Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana itu.

Melalui permohonan difailkan pada 2 Dis lalu, Badan Peguam menamakan Peguam Negara dan Ahmad Zahid sebagai responden.

Ia memohon perintah certiorari supaya keputusan Peguam Negara memohon DNAA terhadap Ahmad Zahid pada 4 Sept lalu dibatalkan.

Badan Peguam turut memohon perisytiharan bahawa keputusan Peguam Negara itu adalah batal dan tidak sah serta dibuat melebihi bidang kuasa dan kuasa yang diberikan kepada responden pertama itu.

Pada 4 Sept lalu, Mahkamah Tinggi melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid, 70, yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, selepas membenarkan permohonan pendakwaan yang memaklumkan bahawa Jabatan Peguam Negara ingin memberhentikan semua prosiding terhadapnya untuk meneliti bukti baharu.

Terdahulu, peguam Datuk Ambiga Sreenevasan, yang mewakili Badan Peguam berkata badan itu mempunyai locus standi (kedudukan di sisi undang-undang) untuk memfailkan permohonan semakan kehakiman.

“Ini bukan hal Badan Peguam menjadi ‘busybody’ atau semata-mata mencampuri urusan peribadi individu.

“Ia berkaitan dengan pertuduhan terhadap individu yang sebelum ini memegang jawatan awam (sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, sehingga 2018) dan terhadap siapa pertuduhan digugurkan semasa pelantikan semula ke jawatan awam (sebagai Timbalan Perdana Menteri, pada tahun 2022),“ katanya.

Ambiga juga berhujah bahawa keputusan untuk memohon DNAA bagi responden kedua (Ahmad Zahid) adalah tidak sah dan bertentangan dengan keputusan Mahkamah Tinggi.

Menurutnya Mahkamah Tinggi pada 24 Jan 2022 berpendapat wujud prima facie terhadap kes Ahmad Zahid dan memerintahkannya membela diri atas 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

Sementara itu, Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan, yang mewakili Peguam Negara, membantah bahawa Badan Peguam gagal membuktikan bahawa keputusan Peguam Negara sebenarnya tercemar dengan kecacatan undang-undang, malah mereka juga tidak menyokong hujah dengan bukti kukuh.

Menurut Shamsul, Peguam Negara bertindak dengan baik mengikut budi bicara pendakwaannya mengikut Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa beliau boleh memulakan, menjalankan atau menghentikan sebarang prosiding bagi sesuatu kesalahan.

Peguam Ahmad Zahid, Datuk Hisyam Teh Poh Teik berhujah bahawa permohonan Badan Peguam itu sudah pun bersifat akademik berikutan keputusamn Mahkamah Tinggi Jenayah membenarkan perintah untuk DNAA.

“Pemohon (Badan Peguam) tidak mempunyai locus standi untuk memfailkan permohonan ini. Pendek kata, pemohon hanyalah ‘busybody’ dan tidak terjejas dengan keputusan untuk memohon DNAA.

“Pemohon juga jelas gagal membuktikan, antara lain, locus standi dalam memfailkan permohonan. Oleh itu, permohonan kebenaran harus ditolak oleh mahkamah ini,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings