the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MAIWP salur RM19.03 juta sumbangan Ihya’ Ramadan

KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyalurkan RM19.03 juta dana zakat menerusi sumbangan lhya’ Ramadan kepada 871 masjid, surau Jumaat dan surau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata RM30,000 diperuntukkan kepada masjid, surau Jumaat (RM25,000) dan surau biasa (RM20,000), iaitu kenaikan sekali ganda berbanding tahun lepas.

“Ini merupakan antara keprihatinan MAIWP untuk menyediakan pelbagai kemudahan dan menjaga kebajikan serta keperluan masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan termasuk keperluan di masjid dan surau.

“Semoga dengan pertambahan bantuan tahun ini serta sumbangan ahli kariah akan menjadikan seluruh masjid dan surau di Wilayah Persekutuan meriah, ceria dan berseri dengan pengisian program pengimarahan dan aktiviti ibadah, kebajikan dan kemasyarakatan sepanjang Ramadan nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Pengurusan Masjid dan Surau, Penyampaian Bantuan Ihya’ Ramadan dan Tauliah Amil Zakat Fitrah Wilayah Persekutuan Tahun 1445H/2024M di sini hari ini.

Selain itu, Mohd Na’im berkata MAIWP turut menyalurkan Bantuan Khas Persediaan Ramadan RM500 secara one off melibatkan 32,250 penerima Bantuan Kewangan Bulanan di Wilayah Persekutuan dengan perbelanjaan berjumlah RM16.125 juta.

“Sumbangan berkenaan telah diberikan bermula hari ini (5 Mac) dan saya tekankan bantuan one off ini sebagai persediaan golongan asnaf ini menyambut Ramadan dan kita nak mereka merasa Ramadan nanti penting dalam kehidupan mereka,” katanya.

Mohd Na’im turut melancarkan Pelan Warta Persempadan Kariah Masjid-Masjid Di Wilayah Persekutuan dalam Zon-Zon Pentadbiran di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang dibangunkan dengan kerjasama Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).

Beliau berkata pelan itu bakal memberi impak positif dan memudahkan urusan berkaitan dengan hal ehwal anak kariah dan pengurusan Islam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Menurutnya pelan tersebut selaras dengan Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993 dan telah disiarkan dalam Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 15 Jan 2024. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings