the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia, Australia terus teroka bidang untuk perkukuh kerjasama dua hala

MELBOURNE: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menggariskan tenaga boleh diperbaharui, teknologi hijau, digital serta keterjaminan makanan sebagai bidang utama yang berpotensi untuk Malaysia dan Australia meneroka kerjasama dua hala selanjutnya.

Beliau berkata ini adalah penting kerana Australia jauh lebih maju dalam bidang terbabit.

“Ini adalah sesuatu yang amat diperlukan oleh kebanyakan negara termasuk Malaysia,” katanya pada sidang media bersama Perdana Menteri Australia Anthony Albanese di sini sempena lawatan rasmi beliau ke Australia.

Anwar bagaimanapun berkata pendidikan kekal menjadi keutamaan dalam meneroka kerjasama selanjutnya dalam hubungan Malaysia dan Australia.

“Pendidikan tetap menjadi keutamaan, peluang untuk pelajar datang ke negara ini, melanjutkan pengajian di sini, seperti yang telah saya katakan kita telah mendapat manfaat daripada langkah itu manakala hasrat banyak institusi pengajian tinggi dan universiti Australia untuk mewujudkan kampus di Malaysia amat kita alu-alukan,” katanya.

Memandangkan sektor terbabit adalah bidang dalam hubungan dua hala Malaysia dan Australia untuk terus diteroka, Anwar berkata “adalah menjadi tanggungjawab serta komitmen kami untuk memudahkan malah mempercepat proses itu.”

Memandangkan Malaysia dan Australia telah memasuki fasa baharu kerangka Perkongsian Strategik Komprehensif, Perdana Menteri berkata kedua-dua negara bersetuju dengan usaha pelbagai pegawai kerajaan serta kementerian yang berkaitan dalam isu membabitkan perdagangan dan pelaburan, pendidikan, sukan, ekonomi digital serta keselamatan siber.

“Kami juga mengambil peluang untuk terus memperkukuh pertumbuhan perdagangan dua hala kerana Australia kekal sebagai rakan dagang ke-10 terbesar kami dan minat pelabur serta syarikat Australia terhadap Malaysia nampaknya semakin berkembang.

“Ini membuktikan keyakinan mereka terhadap Malaysia dan saya sekali lagi harus menzahirkan ucapan terima kasih,” katanya sambil menambah kedua-dua negara turut mengulangi komitmen untuk mempergiat kerjasama sedia ada termasuk dalam beberapa bidang khusus seperti ekosistem vaksin dan peralihan tenaga bersih. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings