the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
31.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia catat jumlah perdagangan RM239.5b pada Okt 2023

KUALA LUMPUR: Jumlah perdagangan Malaysia pada Oktober 2023 berjumlah RM239.5 bilion (Sept 2023: RM224.4 bilion), dengan eksport dan import, masing-masing sebanyak RM126.2 bilion dan RM113.3 bilion, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata eksport pada Oktober merosot 4.4 peratus atau RM5.8 bilion, berbanding bulan yang sama pada tahun sebelumnya.

“Penurunan eksport dipengaruhi oleh eksport yang lebih rendah di kebanyakan negeri iaitu Johor (-RM2.4 bilion), Sarawak (-RM1.9 bilion), Sabah (-RM1.5 bilion), Melaka (-RM495.0 juta), Negeri Sembilan (-RM328.9 juta), Labuan (-RM241.6 juta), Kuala Lumpur (-RM196.3 juta) dan Perlis (-RM12.7 juta).

“Bagaimanapun, nilai eksport meningkat di Kedah sebanyak RM745.2 juta, Selangor (RM478.6 juta), Terengganu (RM281.5 juta), Pahang (RM94.2 juta), Pulau Pinang (RM67.3 juta), Perak (RM60.6 juta) dan Kelantan (RM23.3 juta),” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Pulau Pinang kekal sebagai pengeksport utama dengan sumbangan 30.9 peratus, diikuti oleh Johor (20.9 peratus), Selangor (18.2 peratus), Sarawak (7.9 peratus) dan Kuala Lumpur (4.3 peratus).

Import susut 0.2 peratus atau RM193.1 juta pada Oktober 2023 berbanding bulan sama pada 2022.

Penurunan import disebabkan oleh import yang lebih rendah di kebanyakan negeri iaitu Johor (-RM4.3 bilion), Pulau Pinang (-RM1.9 bilion), Kedah (-RM1.2 bilion), Melaka (-RM487.2 juta), Sarawak (-RM64.5 juta) dan Kelantan (-RM5.3 juta).

Bagaimanapun, nilai import meningkat di Kuala Lumpur sebanyak RM2.9 bilion, Selangor (RM2.2 bilion), Negeri Sembilan (RM1.4 bilion), Pahang (RM743.5 juta), Perak (RM328.2 juta), Labuan (RM304.3 juta), Sabah (RM229.3 juta), Terengganu (RM99.3 juta) dan Perlis (RM7.9 juta).

Selangor terus mendominasi import Malaysia dengan 25.9 peratus, diikuti oleh Johor (24.3 peratus), Pulau Pinang (19.2 peratus), Kuala Lumpur (8.2 peratus) dan Kedah (5.5 peratus), katanya. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

TCL Supports “2026 Olympic Day cum Aichi-Nagoya Asian Games Fun Run”, Celebrating the Olympic...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 28 June 2026 - TCL, as a Worldwide Olympic Partner, proudly supported the "2026 Olympic Day cum Aichi-Nagoya Asian Games Fun Run", organised by the Sports Federation & Olympic Committee of Hong Kong, China, joining more than 2,500 members of the public and athletes in celebrating International Olympic Day and showing support for Hong Kong athletes competing in the Asian Games.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings