the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia kecewa dengan penggunaan veto halang Palestin daripada diterima sebagai anggota penuh PBB

KUALA LUMPUR: Malaysia menzahirkan kebimbangan dan kekecewaan selepas veto digunakan untuk menghalang Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) daripada menerima Palestin sebagai anggota penuh PBB pada 18 April.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan Kementerian Luar (Wisma Putra) pada Jumaat, veto digunakan walaupun terdapat sokongan daripada sebahagian besar negara-negara anggota PBB.

Wisma Putra berkata penggunaan veto dalam perkara penting ini telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli Majlis Keselamatan PBB untuk merealisasikan hak-hak rakyat Palestin.

Ia berkata ini termasuk hak untuk menentukan nasib mereka sendiri ekoran kependudukan haram Israel di Tebing Barat, Gaza dan Baitulmuqaddis Timur sejak 1967.

Amerika Syarikat (AS) pada Khamis memveto satu resolusi di Majlis Keselamatan PBB yang kebanyakannya disokong oleh lain-lain negara anggota untuk memberi laluan kepada Palestin untuk mendapatkan keanggotaan penuh dalam PBB.

Dua belas negara mengundi menyokong resolusi itu dalam sesi mesyuarat Majlis Keselamatan PBB di New York pada Khamis sementara United Kingdom dan Switzerland berkecuali.

Palestin merupakan pemerhati tetap di PBB sejak 2012.

Satu permohonan untuk menjadi anggota penuh PBB perlu diluluskan oleh Majlis Keselamatan dan dengan undi dua pertiga pada Perhimpunan Agung.

Wisma Putra berkata Malaysia menggesa masyarakat antarabangsa termasuk Majlis Keselamatan PBB untuk terus berusaha ke arah keanggotaan penuh Palestin di PBB.

“’Malaysia kekal komited dengan perjuangan rakyat Palestin dan akan meneruskan usaha-usaha ke arah penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat, berdasarkan sempadan pra-1967, dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negaranya,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Hong Kong Disneyland Continues to Enhance Guest Experience Through Flexible Weather Adaptation Measures

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - As Hong Kong's summer weather becomes increasingly unpredictable, with periods of extreme heat, high humidity, and occasional rain showers and thunderstorms, Hong Kong Disneyland Resort (HKDL) continues to enhance its facilities and operations to better support guests and cast members throughout the season.

Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) Announces Tender Sale of Optical Inventory Located...

SHENZHEN, CHINA - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) is inviting expressions of interest from optical retailers, distributors, wholesalers, exporters, and trade buyers for the acquisition of its inventory through a tender sale process.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings