the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MAQIS rampas daging babi, lembu cuba dibawa masuk ke Singapura

JOHOR BAHRU: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) merampas sejumlah daging babi dan daging lembu dengan berat kesemuanya 130 kilogram (kg) yang cuba dibawa masuk ke Singapura melalui Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin di Bangunan Sultan Iskandar, semalam.

Pengarah MAQIS Johor Edie Putra Md Yusof berkata hasil pemeriksaan ke atas sebuah kereta dengan pendaftaran asing pada pukul 7.30 malam itu mendapati terdapat 12 kotak daging babi sejuk beku seberat 120 kg dan sekotak berisi daging lembu dianggarkan seberat 10 kg tanpa sebarang dokumen.

Beliau berkata hasil pemeriksaan lanjut mendapati daging babi dan lembu tersebut dibawa masuk tanpa permit import MAQIS dan Sijil Kesihatan.

“Anggaran nilai rampasan adalah sekitar RM20,000 dan pemandu kereta yang merupakan seorang lelaki warga asing berusia 36 tahun dilepaskan setelah keterangan diambil,“ katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata perbuatan mengimport apa-apa jenis keluaran pertanian tanpa permit import MAQIS adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3) Akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali.

Edie Putra berkata pihak MAQIS akan sentiasa memastikan tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih dan mikroorganisma yang dibawa masuk ke dalam negara adalah bebas daripada ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Team Rey Young reach MWI 2026 quarterfinals on Esports World Cup debut in Paris

KUALA LUMPUR, July 22: Malaysia's Team Rey Young reached the quarterfinals of the Mobile Legends: Bang Bang Women's International 2026 (MWI) on their debut at the Esports World Cup (EWC) in Paris.The team secured a top-eight finish after progressing through Malaysia's domestic qualification pathway via the RedOne MLBB Ladies International Invitational.

Hariss Harun targets Singapore’s fifth Asean Hyundai Cup title as lions look to rise...

SINGAPORE, July 23: Singapore captain Hariss Harun believes the Lions are ready to challenge for a fifth ASEAN Hyundai Cup™ title as the tournament celebrates its 30th anniversary.Hariss, who has experienced Singapore's greatest triumphs and toughest periods over the past two decades, is preparing to play a leading role as the four-time champions begin their campaign in Group A.The Lions open their campaign against Cambodia at Morodok Techo National Stadium on Friday before hosting Timor-Leste at Jalan Besar Stadium next Monday.

Video of crocodile in Shah Alam river triggers concern, locals say reptile has been...

A video showing a crocodile swimming in a river in Shah Alam has sparked mixed reactions, with some residents expressing concern while others say the reptiles have long inhabited the area.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings