the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
30.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MCMC anjur Persidangan Kawal Selia Antarabangsa minggu depan

KUALA LUMPUR: Persidangan Kawal Selia Antarabangsa (International Regulatory Conference – IRC) 2024 anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan berlangsung Isnin dan Selasa minggu depan, antaranya bagi membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan kemunculan teknologi baharu.

Menurut laman mikro MCMC persidangan dengan tema ‘Aligning Innovation with Safety for a Sustainable Future’ itu akan menampilkan perbincangan berhubung pelbagai inovasi, teknologi terbaru, kerangka kerja kawal selia, dan pendekatan dalam persekitaran industri Komunikasi dan Multimedia.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dijangka merasmikan persidangan yang dijadualkan berlangsung di The St Regis Kuala Lumpur.

Sebagai tuan rumah platform global ini, MCMC membayangkan persidangan itu bakal menjadi platform yang menghimpunkan pihak-pihak berkepentingan dari seluruh dunia untuk saling bertukar idea, berkongsi pandangan dan meneroka landskap industri yang semakin membangun dengan pantas.

Persidangan ini berusaha untuk merentasi rantau, menawarkan peserta dengan peluang untuk mengambil bahagian dalam dialog aktif dan menjalin hubungan kerjasama yang tidak ternilai.

Peserta persidangan akan tampil dengan pandangan bermaklumat yang lahir daripada kepakaran luas penceramah, dan juga dengan rasa inspirasi, semasa mereka terlibat dengan idea, inovasi dan perspektif baharu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Singapore’s Largest Pet Event Returns Bigger Than Ever with Singapore Pet Festival 2026

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - Pet lovers can look forward to the return of SG Pet Festival 2026, Singapore's largest pet exhibition, happening from 31 July to 2 August 2026 at Marina Bay Sands Convention Centre, Halls A, B, C & D.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings