the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Menteri imigresen Britain letak jawatan

LONDON: Perdana Menteri Britain Rishi Sunak menerima tamparan hebat selepas menteri imigresen Robert Jenrick meletak jawatan pada Rabu selepas tercetus pertikaian berhubung dasar penghantaran pulang migran ke Rwanda.

Peletakan jawatan itu dibuat selepas Rishi menolak tuntutan Jenrick supaya Britain menarik diri daripada undang-undang hak asasi manusia Eropah untuk mengembalikan semula dasar menghantar pulang ke Rwanda.

Jenrick memberitahu perdana menteri pada Rabu bahawa draf undang-undang baharu yang bertujuan untuk menghentikan kemasukan pendatang dari negara itu “tidak memadai” dan merupakan “kejayaan harapan berbanding pengalaman”, lapor PA Media.

Menurut Jenrick beliau terpaksa meletak jawatan kerana “percanggahan pendapat yang ketara” dengan pendekatan Kerajaan terhadap dasar imigresen.

Sementara itu Setiausaha Dalam Negeri James Cleverly mengesahkan peletakan jawatan Jenrick.

Jenrick kemudiannya memuat naik surat peletakan jawatannya di akaun media sosial miliknya.

Jenrick berkata beliau “berterima kasih” kepada Sunak kerana sehaluan dengan pendiriannya mengenai undang-undang itu.

Tetapi beliau tidak yakin undang-undang itu mempunyai peluang terbaik untuk berjaya.

Walaupun telah lama berkawan baik dengan Sunak, Jenrick mengingatkan perdana menteri agar melakukan “apa sahaja” untuk menghentikan bot kecil daripada melintasi Selat Inggeris.

Draf rang undang-undang itu akan memaksa hakim untuk menganggap Rwanda sebagai negara yang selamat untuk menghantar pulang pelarian selepas Mahkamah Agung memutuskan rancangan itu menyalahi undang-undang berhubung risiko kepada pelarian.

Undang-undang itu yang mesti diundi Parlimen memberi kuasa kepada menteri untuk mengabaikan seksyen Akta Hak Asasi Manusia.

Bagaimanapun, ia tidak memberi kuasa untuk menolak Konvensyen Eropah mengenai Hak Asasi Manusia, permintaan yang dibuat oleh penyokong tegar termasuk setiausaha dalam negeri yang dipecat Suella Braverman. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings