the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mohamad: PM sifatkan hubungan dagangan Malaysia-Jerman aktif dan dinamik

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa gembiranya dengan prestasi hubungan perdagangan antara Malaysia dan Jerman yang disifatkan sebagai aktif dan dinamik, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan (gambar).

Perkara tersebut dizahirkan dalam perbincangan dua hala antara Anwar dan Menteri Luar Jerman Annalena Baerbock di Perdana Putra, di sini, hari ini.

Mohamad yang turut hadir dalam pertemuan berlangsung kira-kira sejam tersebut berkata Perdana Menteri amat gembira dengan kemajuan hubungan perdagangan antara kedua-dua negara itu, yang mana Malaysia merupakan rakan dagang utama Jerman dalam kalangan negara ASEAN dengan jumlah dagangan mencecah US$13 bilion.

“Setiap tahun menokok (dagangan) dan ini jelas menunjukkan hubungan perdagangan yang aktif dan dinamik,“ katanya kepada media selepas kunjungan hormat Baerbock kepada Anwar itu.

Jerman merupakan rakan dagang terbesar Malaysia dalam kalangan negara anggota Kesatuan Eropah (EU) sejak tahun 2000, manakala Malaysia merupakan rakan dagang terbesar Jerman dalam kalangan negara anggota ASEAN.

Perdagangan Malaysia dan Jerman meningkat sebanyak 7.2 peratus kepada RM58.37 bilion (US$12.81 bilion) dari tempoh Januari hingga November 2023 berbanding tempoh yang sama pada 2022.

Lawatan julung kali Baerbock ke Malaysia itu menyusul lawatan rasmi Presiden Jerman Frank-Walter Steinmeier ke Malaysia pada Februari 2023 yang bertujuan meningkatkan lagi hubungan diplomatik.

Mohamad berkata pelaburan syarikat Jerman ke Malaysia juga menunjukkan perkembangan positif dengan penyedia penyelesaian semikonduktor dari Jerman, Infineon, mengumumkan membuka operasi baharu di Kulim, Kedah baru-baru ini.

Menurutnya, semasa pertemuan itu, Anwar turut menyampaikan kepada Jerman bahawa Malaysia sebagai negara maritim dan berdagang mahu melihat Laut China Selatan menjadi laluan bebas dagangan. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings