the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mohd Zuki: Integriti nadi utama pastikan Malaysia hebat di persada dunia

PUTRAJAYA: Amalan integriti dalam kalangan rakyat dilihat sebagai nadi atau asas utama dalam merealisasikan hasrat Kerajaan Perpaduan menjadikan Malaysia lebih hebat di persada dunia, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali (gambar).

Beliau berkata melalui amalan itu, kedudukan negara dalam Ranking Daya Saing Dunia (WCR) yang dikeluarkan oleh Institut Antarabangsa bagi Pembangunan Pengurusan (IMD) yang meletakkan negara di tangga ke-27 pada 2023, meningkat daripada kedudukan 32 pada 2022 dan kedudukan dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang meningkat daripada kedudukan ke-61 pada 2022 ke tempat 57 pada 2023.

“Oleh yang demikian, saya melihat bahawa keterlibatan sektor awam dan swasta dalam membudayakan integriti khususnya melalui penyertaan dalam Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) ini adalah antara perjalanan ke arah pertumbuhan ekonomi yang lebih mampan,” katanya ketika berucap pada majlis AIGA 2023 di sini hari ini.

Mohd Zuki, yang juga Pengerusi Institut Integriti Malaysia (IIM), berkata pelaksanaan AIGA oleh institut itu adalah selaras dengan Pelan Strategik IIM 2024-2034 untuk menjadikan IIM sebagai sebuah badan penilaian serta pengiktirafan integriti dan tatakelola.

Beliau berkata selari dengan moto baharu iaitu ‘Komited Membudayakan Integriti,’ Pelan Strategik IIM dirangka dan dibangunkan bagi menyokong serta mendukung Kerajaan Perpaduan dalam mempertingkat integriti dan tatakelola negara.

AIGA 2023 akan memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada sektor awam serta swasta yang menzahirkan komitmen dalam pembudayaan dan pengamalan integriti, tadbir urus terbaik selain inisiatif antirasuah dalam organisasi masing-masing.

Mohd Zuki juga berkata sebanyak 154 organisasi dari seluruh negara yang terdiri daripada 95 agensi sektor awam dan 59 dari sektor swasta menyertai AIGA 2023.

“Terdapat peningkatan sebanyak 38 peratus berbanding tahun 2022 yang hanya disertai 116 organisasi di seluruh negara.

“Saya amat berharap pelaksanaan AIGA ini akan berjaya menyuntik semangat dan komitmen berterusan terutama kepada semua organisasi sama ada awam mahupun swasta untuk mempertingkat sistem pengurusan kawalan dalaman dan tadbir urus masing-masing,” katanya.

AIGA 2023 turut memperkenal anugerah khas iaitu ‘Pengamal Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Berintegriti Terbaik selain Penghargaan Khas Integriti.

Turut hadir Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings