the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MOT dapatkan pandangan PDRM, MKN, tingkat keselamatan lapangan terbang

KUALA LUMPUR: Pandangan pelbagai pihak termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), akan diperoleh dalam meneliti penambahbaikan aspek keselamatan di lapangan terbang di seluruh negara.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke (gambar) berkata ini termasuk cadangan agar pihak lapangan terbang mengadakan pengimbas, supaya pengesanan awal dapat dilakukan terhadap orang awam yang membawa barangan terlarang seperti mercun dan senjata api.

“Langkah menambah baik aspek keselamatan ini memerlukan perbincangan lanjut antara Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) selaku operator atau pengendali lapangan terbang.

“Jadi saya menyerahkan kepada mereka untuk mengadakan perbincangan, sebab ini melibatkan soal operasi dan apa-apa perubahan terhadap prosedur operasi standard (SOP) di lapangan terbang, perlulah diadakan perbincangan lebih lanjut terlebih dahulu, kemudian baharulah kementerian mengambil maklum,” katanya.

Beliau mengulas insiden tembak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada Ahad, ketika ditemui media selepas Majlis Pelancaran Stesen Pengecasan EV, Evlution di RHB Centre, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi Ahad, seorang lelaki melepaskan dua das tembakan dengan satu daripadanya terkena pengawal peribadi kepada isterinya.

Kejadian berlaku ketika wanita itu sedang menunggu kepulangan jemaah umrah di balai ketibaan.

Polis setakat ini mengklasifikasikan motif kes berkaitan perihal peribadi dan suspek telah direman tujuh hari bermula hari ini, selepas ditahan di sebuah lokasi di Kota Bharu, Kelantan kira-kira pukul 3 petang semalam.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings