the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MPKB: Pengemis warga emas dari Thailand antara empat ditahan

KOTA BHARU: Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) menahan empat pengemis termasuk seorang warga Thailand dalam Operasi Bersepadu Ramadan Siri 1 hari ini.

Sumber MPKB memaklumkan kesemua lelaki terbabit mendakwa hanya mengemis pada setiap Ramadan kerana mengambil kesempatan kebaikan hati penduduk tempatan.

Beliau berkata pengemis warga Thailand berusia 84 tahun yang ditahan di Bazar Buluh Kubu mendakwa datang ke negara ini dari Wilayah Narathiwat, Thailand sejak seminggu lepas.

“Dia mendakwa turut menjual minyak angin panas dan masuk menggunakan Pas Sempadan serta menjadikan masjid berdekatan untuk bermalam,” kata sumber berkenaan kepada pemberita hari ini.

Sumber memaklumkan terdapat seorang pengemis menyamar sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) dengan mendakwa mengalami kecacatan pada bahagian kaki akibat kemalangan lalu terpaksa mengemis di Jalan Kebun Sultan, di sini, untuk meneruskan hidup.

Menurutnya lelaki berusia 36 tahun dan berasal dari Kubang Kerian itu menggunakan tongkat sokongan, namun bertindak melarikan diri ketika cuba ditahan penguat kuasa MPKB.

Sumber itu memaklumkan operasi bersepadu berkenaan melibatkan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia manakala kesemua pengemis ditahan diserahkan kepada JKM untuk tindakan selanjutnya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Hong Kong Disneyland Continues to Enhance Guest Experience Through Flexible Weather Adaptation Measures

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - As Hong Kong's summer weather becomes increasingly unpredictable, with periods of extreme heat, high humidity, and occasional rain showers and thunderstorms, Hong Kong Disneyland Resort (HKDL) continues to enhance its facilities and operations to better support guests and cast members throughout the season.

Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) Announces Tender Sale of Optical Inventory Located...

SHENZHEN, CHINA - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) is inviting expressions of interest from optical retailers, distributors, wholesalers, exporters, and trade buyers for the acquisition of its inventory through a tender sale process.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings