the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Nga: KPKT tidak pernah keluarkan lesen berniaga kepada pendatang tanpa izin

BUKIT MERTAJAM: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menegaskan tidak pernah mengeluarkan lesen kepada pendatang tanpa izin untuk menjalankan sebarang perniagaan seperti membuka gerai atau kedai.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming (gambar) berkata kerajaan sentiasa konsisten untuk menjaga keselamatan dan kesejahteraan masyarakat tempatan dan tindakan undang-undang sentiasa diambil terhadap warga asing yang melanggar peraturan.

“Tindakan undang-undang sentiasa dan sedang dilakukan bersama PBT (pihak berkuasa tempatan) dan tahun lepas kami telah melaksanakan sebanyak 1,539 operasi penguatkuasaan terhadap premis perniagaan yang melibatkan warga asing dan sebanyak 26,108 lesen peniaga telah dibatalkan atas sebab pelanggaran syarat-syarat lesen atau premis (oleh warga asing),“ katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Hadiah Pertandingan Reka Bentuk Pasar Awam Bukit Mertajam di sini hari ini.

Nga berkata demikian ketika mengulas berhubung lambakan gerai warga asing sehingga menjejaskan peniaga tempatan di banyak lokasi di seluruh negara yang turut menimbulkan kegusaran penduduk tempatan.

Beliau berkata KPKT juga bersedia dan akan memberi kerjasama bagi program turun padang bersama kementerian lain, sebagai usaha mengekang penularan perniagaan secara haram oleh warga asing.

“Apabila kita syaki ada pendatang tanpa izin salah guna premis ataupun salah guna lesen yang dikeluarkan oleh PBT, maka lesen tersebut akan dibatalkan serta-merta malah tindakan tegas turut dikenakan,“ katanya.

Sementara itu, Nga berkata KPKT telah memperkenalkan pertandingan reka bentuk secara terbuka bagi pembinaan semula semua projek pasar awam yang berskala besar di seluruh negara.

Beliau berkata ia bagi memastikan pasar awam mempunyai ciri-ciri tersendiri yang istimewa, menarik dan juga berpotensi dibangunkan sebagai destinasi pelancongan dalam tempoh 10 tahun akan datang.

“Sukacita saya mengumumkan KPKT akan menyediakan RM110 juta dana khas untuk menaik taraf pasar awam di seluruh negara dan mulai hari ini mana-mana pembinaan semula pasar awam baru yang berskala besar seperti kompleks Pasar Bukit Mertajam akan menggunakan konsep pertandingan reka bentuk secara terbuka.

“Bayangkan 10 tahun akan datang Malaysia akan mempunyai pasar awam yang mempunyai ciri-ciri tersendiri yang istimewa, menarik dan juga berpotensi dibangunkan sebagai destinasi pelancongan malah hasil cetusan ilham dan idea itu juga penuh inovatif serta kreatif,“ katanya.

Pasar Awam Bukit Mertajam telah dibina pada sekitar 1970an di atas tapak seluas 57,440 kaki persegi dan pada 4 Feb 2014 telah berlaku kebakaran di tingkat satu. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings