the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Nik Nazmi: PKR sedia dengar suara pimpinan, ahli pastikan tiada dipinggirkan

KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersedia untuk mendengar suara mana-mana pimpinan atau anggota bagi memastikan tiada pihak yang merasa dipinggirkan.

Hal itu susulan laporan media baru-baru ini berhubung seorang wakil rakyat PKR, yang enggan mendedahkan identitinya, berharap supaya kongres parti itu hujung minggu ini akan membincangkan peranan pemimpin bukan Melayu dalam parti berkenaan.

Naib Presiden PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata beliau mengambil maklum mengenai harapan berkenaan selain parti itu tidak pernah mengetepikan mana-mana kaum atau mengutamakan kaum tertentu.

“Saya faham sentimen itu sebab PKR ini parti nasional yang ada keanggotaan dan kepimpinan pelbagai kaum, kalau dalam kabinet…menteri pun kita ada dari masyarakat Tionghua (Cina), kita ada dari masyarakat India, timbalan menteri kita ada dari Sabah.

“… jadi saya faham pandangan tersebut tetapi kita juga kena faham bahawa ini bukan kerajaan Pakatan Harapan, ini Kerajaan Perpaduan yang mana ada pelbagai pertimbangan perlu diambil oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memastikan kerajaan yang stabil dapat dibentuk selepas keputusan Pilihanraya Umum ke-15 lepas,“ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Inisiatif Tenaga Solar Fotovoltan (PV) Indah Water Konsortium (IWK) di Loji Rawatan Kumbahan (LRK) Pantai 1 IWK di sini hari ini. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Honda LCR unveils striking black-and-gold GOD55 Sports livery for 2026 Italian MotoGP

Honda LCR and GOD55 Sports unveiled a special black-and-gold livery at the 2026 Italian MotoGP in Mugello, marking a milestone in their partnership. The striking design, ridden by returning rider Cal Crutchlow, highlighted the brand's growing presence in global motorsport and fan engagement.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings