the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Op Gempur Raya: 39 kompaun dikeluarkan terhadap kilang seluruh negara

SHAH ALAM: Sebanyak 97 tindakan termasuk 39 kompaun berjumlah RM78,000 dikeluarkan terhadap kilang di seluruh negara selepas didapati melanggar Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 menerusi Op Gempur Raya setakat semalam.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad (gambar) berkata kompaun berkenaan dikeluarkan susulan pemeriksaan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) terhadap 203 premis industri bermula 17 Mac lepas.

Beliau berkata selain kompaun, JAS turut mengeluarkan 50 notis arahan, lima tindakan penahanan kelengkapan operasi selain membuka tiga kertas siasatan bagi tujuan pendakwaan.

“Operasi ini merupakan usaha berterusan JAS dalam mencegah berlakunya insiden-insiden pencemaran alam sekitar khususnya pencemaran air pada musim perayaan,“ katanya dalam sidang media Op Gempur Raya 2024 di sebuah kilang di sini hari ini.

Nik Nazmi berkata antara kesalahan yang dikesan dilakukan adalah pelepasan efluen perindustrian tidak terawat, pelupusan haram buangan berjadual serta melepaskan asap melebihi kadar ditetapkan.

Beliau berkata operasi melibatkan pemeriksaan premis secara bersasar dan besar-besaran itu membabitkan premis yang dikenal pasti mempunyai tahap pematuhan rendah kepada AKAS 1974 atau sektor industri yang berisiko tinggi mencemarkan alam sekitar.

Nik Nazmi berkata premis tumpuan adalah melibatkan industri pembuatan produk logam, kertas, galian bukan logam, makanan, kimia, berasaskan getah dan plastik serta produk berasaskan petroleum.

Tumpuan juga diberikan kepada premis-premis yang terletak di hulu takat pengambilan air, katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

India, Malaysia reaffirm defence ties at military cooperation meeting

The meeting was co-chaired by Joint Secretary at India's Ministry of Defence, Shri Amitabh Prasad and Assistant Chief of Staff for Defence Operations and Training of the Malaysian Armed Forces, Major General Amer Mahmud Abdul Rahman.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings