the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Operasi mini Dhaka : Tiada kompromi terhadap pegawai, anggota polis terlibat jenayah

KUALA LUMPUR: Tiada kompromi terhadap tiga anggota polis yang ditahan kerana disyaki mencuri sejumlah wang semasa operasi bersepadu di Jalan Silang, baru-baru ini, sekiranya didapati bersalah, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay (gambar).

Beliau berkata sepertimana ditegaskan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain sebelum ini, isu sedemikian tidak timbul, malah pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pegawai atau anggota yang dituduh, sekiranya mereka didapati bersalah.

“Kami akan menjalankan siasatan. Siasatan kes itu adalah di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan (curi dalam bangunan) dan akan dimajukan kepada Timbalan Pendakwa Raya sebaik sahaja siasatan dilengkapkan,” katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Tiga anggota polis itu dipercayai daripada Pasukan Gerakan Am Briged Tengah ditahan dan direman pada 23 Dis lalu selepas disyaki mencuri wang berjumlah RM85,000 daripada sebuah premis perniagaan semasa menjalankan operasi bersepadu “mini Dhaka” itu, Khamis lepas.

Ayob Khan berkata pada 2022 beberapa pegawai kanan polis berpangkat Supt, DSP, ASP dan Insp juga pernah ditahan dalam operasi melibatkan dadah.

Tegasnya, salah laku pegawai atau anggota polis tidak sama sekali melemahkan mahupun mengundurkan operasi berkaitan penempatan warga asing untuk dijalankan seperti biasa.

“Insya-Allah, kami akan teruskan lagi dan tidak ada alasan untuk kami hentikan operasi melibatkan warga asing,“ katanya.

Ayob Khan berkata ketiga-tiga anggota PGA yang ditahan kini disambung reman untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid ketika dihubungi Bernama berkata tempoh reman ketiga-tiga anggota berkenaan yang sepatutnya tamat hari ini, disambung sehingga Jumaat ini. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

A Pandastic Summer Birthday Celebration at Ocean Park Chance to win the all-new MAXUS...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - Ocean Park is set to ignite a summer of joy with the Pandastic Summer Birthday Celebration for its entire family of six beloved giant pandas, running from now until 31 August 2026.

Hong Kong Disneyland Continues to Enhance Guest Experience Through Flexible Weather Adaptation Measures

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - As Hong Kong's summer weather becomes increasingly unpredictable, with periods of extreme heat, high humidity, and occasional rain showers and thunderstorms, Hong Kong Disneyland Resort (HKDL) continues to enhance its facilities and operations to better support guests and cast members throughout the season.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings