the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Orang ramai 'serbu' Jualan Termurah Madani

BUKIT MERTAJAM: Orang ramai mula membanjiri Lembah Makanan, Perda di sini, sejak awal pagi, kerana tidak mahu melepaskan peluang mendapatkan barangan keperluan dengan harga lebih murah terutama Beras Putih Malaysia MADANI pada Jualan Termurah MADANI hari ini.

Kebanyakan mereka juga menyifatkan inisiatif Jualan Termurah MADANI banyak memberi manfaat kepada rakyat bagi meringankan beban dalam menangani isu kos sara hidup.

Program berkenaan memfokuskan kepada penawaran produk makanan asas utama seperti ayam, daging, sayur-sayuran, buah-buahan, barang kawalan dan runcit yang dijual pada harga murah.

Pekerja kilang Mohd Syukran Rahmad, 50, berkata dia datang seawal 7.30 pagi untuk mendapatkan Beras Putih Malaysia MADANI yang dijual pada harga RM30 dengan berat 10 kilogram (kg) sekampit.

“Saya datang dengan isteri dan kami dapat beli dua kampit beras, dapatlah bertahan selama sebulan dan kami turut beli beberapa barang keperluan lain seperti gula, tepung gandum, minyak paket, ayam dan ikan pada harga murah berbanding pasaran.

“Saya dan isteri selalunya memang akan pergi beli barang keperluan di Jualan MADANI atau Jualan Rahmah yang dianjurkan di sini kerana kami dapat berjimat. Sekurang-kurangnya dapat jimat sehingga RM100 sebulan… itu dah cukup baik untuk keluarga saya,“ kata bapa kepada tiga anak itu kepada Bernama hari ini.

Suri rumah Nurul Atikah Mohd Fauzi, 35, pula berkata dia dapat berjimat sehingga 30 peratus dengan membeli-belah di Jualan Termurah MADANI hari ini dan tumpuannya adalah beras serta barangan kering untuk kegunaan harian di rumah.

Dia yang tinggal di Permatang Pauh dan mempunyai tiga anak berkata selain murah, barang-barang ditawarkan juga berkualiti malah ada yang jauh lebih murah berbanding harga pasaran.

“Macam harga ayam mungkin di pasar sekilo RM9 lebih tapi di sini (Jualan Termurah MADANI) sekilo baru RM7.50 malah di sini juga terdapat pelbagai pilihan ikan dijual dengan harga murah berbanding jualan (ikan) di Jualan MADANI atau Jualan Rahmah biasa.

“Sebenarnya, bila ada peluang jualan murah seperti ini sedikit sebanyak sangat melegakan kami golongan berpendapatan rendah ini. Puas hati dapat beli barangan keperluan hari ini termasuk barangan basah,“ katanya yang memaklumkan suaminya bekerja kilang di Batu kawan.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut melakukan tinjauan sempena program berkenaan.

Beliau menghabiskan masa kira-kira 45 minit menyantuni peniaga dan pengguna yang mengunjungi jualan tersebut.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings