the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

P.Pinang serah RM1.22 juta sumbangan kepada Palestin

GEORGE TOWN: Pulau Pinang hari ini menyerahkan RM1.22 juta hasil kutipan tabung bantuan kemanusiaan bagi membantu warga Palestin terutama di Gaza yang dizalimi rejim Zionis Israel.

Penyampaian itu disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid kepada Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM) yang diwakili Pengerusinya Badereddin Seyam.

Mohamad yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) berkata atas dasar keprihatinan terhadap rakyat Palestin, kerajaan negeri telah melancarkan Tabung Bantuan Kemanusiaan Palestin pada 13 Okt lepas dan sumbangan boleh disalurkan ke akaun khas menerusi MAINPP untuk menyumbang kepada mangsa kekejaman rejim Israel itu.

“Kerajaan negeri telah menyalurkan sumbangan dana sebanyak RM50,000 manakala selebihnya hasil sumbangan Zakat Pulau Pinang, ahli-ahli korporat, kutipan selepas solat Jumaat pada 13 dan 20 Okt lepas serta orang ramai yang prihatin terhadap nasib saudara kita di Palestin.

Sepanjang kutipan dana itu dijalankan, beberapa aktiviti seperti Himpunan Aman Solidariti Rakyat Palestin, pameran khas sempena memperingati Gaza dan himpunan kasih telah dibuat bagi menunjukkan solidariti kita kepada mereka,“ katanya kepada pemberita selepas penyerahan sumbangan itu, di sini hari ini.

Mohamad berkata sumbangan yang diserahkan itu hasil kutipan hingga semalam namun pihaknya masih meneruskan tabung berkenaan sehingga ke satu tarikh yang belum ditentukan pada masa hadapan.

Beliau berkata semua masjid dan surau di seluruh negeri juga turut diminta terus melaksanakan bacaan Qunut Nazilah dalam solat Jumaat dan diikuti solat sunat hajat selepas solat Jumaat secara serentak sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin.

“Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kedamaian, saya mewakili kerajaan negeri mengecam segala bentuk tindakan yang tidak berperikemanusiaan dalam melakukan jenayah perang terhadap masyarakat awam sebagaimana dilakukan oleh rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin,“ katanya.

Sementara itu, Badereddin berkata pihaknya mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakyat Malaysia khususnya di Pulau Pinang yang membantu menyalurkan sumbangan kepada rakyat Palestin dan dalam masa sama menyeru seluruh umat Islam di dunia menyokong rakyat Palestin mendapatkan hak mereka.

Beliau yang masih sedih kerana baru mengetahui kematian kakaknya selepas rumah mereka di Gaza di bom semalam, berkata pihaknya bersyukur kerana rakyat di sini sentiasa prihatin dan tidak pernah melupakan mereka yang berada di Palestin.

“Walaupun saya masih bersedih kerana baru sahaja tahu kakak dan suaminya meninggal…tetapi saya tetap kuat untuk datang hari ini kerana saya tahu seluruh rakyat Malaysia juga kuat menyokong Palestin dan dengan semangat itu kami akan terus pertahankan tanah air kami,“ katanya yang berada di Malaysia sejak 2019. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings