the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pakar: Jawatankuasa khas perkasa Mahkamah Syariah langkah tepat, perlu disegerakan

KUALA LUMPUR: Inisiatif kerajaan menubuhkan jawatankuasa khas ke arah memperkasa dan memperluaskan bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah langkah yang tepat bahkan ia perlu dilaksanakan dengan segera, menurut pakar.

Pensyarah Wacana Aqidah, Fiqh dan I’jaz al-Quran, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia Prof Madya Dr Mohd Sukki Othman berkata isu perundangan syariah sering kali berhadapan pelbagai cabaran berat khususnya apabila ia melibatkan pertindihan bidang kuasa dengan Mahkamah Sivil.

Beliau berkata prinsip Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan secara dasarnya memberi kuasa penuh kepada Mahkamah Syariah mengadili semua kes melibatkan hal ehwal yang berkait dengan agama Islam dan ia adalah sebagai salah satu usaha dalam memartabatkan perundangan syariah dalam negara.

Namun, menurut beliau konflik di sebalik peruntukan ini timbul apabila terdapat isu seperti pembubaran perkahwinan sepasang suami isteri disebabkan salah seorang dari mereka bertindak menukar agama.

“Bermula dari pembubaran perkahwinan, konflik terus merebak hingga kepada hak penjagaan anak termasuk status agama. Oleh yang demikian, perbezaan yang ada pada amalan perundangan Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah sepatutnya dapat dijernihkan dan diharmonikan dengan baik.

“Contohnya ialah kes-kes tertentu yang melibatkan pertindihan bidang kuasa yang dibicarakan oleh Mahkamah Sivil hendaklah dibantu oleh seorang Hakim Mahkamah Syariah. Keputusan mengenai hukum Syarak dibuat oleh Hakim Mahkamah Syariah. Keputusannya mengikat Hakim Mahkamah Sivil,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Selain itu, Prof Mohd Sukki berpandangan isu berkenaan mampu diselesaikan sekiranya perbincangan khusus dilakukan oleh jawatankuasa khas itu, terutamanya yang melibatkan soal pertindihan kuasa antara Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil termasuk aspek pengubahsuaian terhadap beberapa isu yang boleh disekalikan antara kedua-dua mahkamah.

“Konflik itu akan dapat diselesaikan sekiranya Mahkamah Syariah membenarkan pasangan bukan Islam untuk membawa kes mereka ke Mahkamah Syariah untuk mendapatkan keadilan atau ia dibicarakan sekali yang melibatkan dua hakim iaitu Hakim Mahkamah Syariah dan Hakim Mahkamah Sivil.

“…Orang bukan Islam juga hendaklah dibenarkan untuk mengambil peguam dari kalangan bukan Islam untuk mewakili mereka sekiranya perlu sebagai langkah bagi memastikan Mahkamah Syariah tidak dilihat sebagai badan yang menafikan hak orang bukan Islam untuk mendapatkan hak dan keadilan,” katanya.

Beliau berkata sekiranya pendekatan ini dapat direalisasikan, ia akan membawa kepada keharmonian dan pencantuman kedua-dua bidang kuasa mahkamah dan meningkatkan martabat serta peranan Mahkamah Syariah hingga menjadi sandaran kepada orang bukan Islam untuk mendapatkan hak dan keadilan.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Qur‘an dan Sunnah, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Dr Abu Hafiz Salleh Hudin berkata antara punca lain dalam konflik ini adalah apabila Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) meluluskan apa-apa enakmen di peringkat negeri yang berisiko bertembung dengan bidang kuasa Perlembagaan Persekutuan atau Mahkamah Sivil.

Beliau berkata konflik ini dilihat sukar untuk diselesaikan secara total namun, penubuhan jawatankuasa khas itu adalah pendekatan yang baik dalam usaha untuk meminimumkan konflik yang lebih besar pada ketika ini.

Selain itu, beliau mencadangkan agar usaha dalam memperluaskan bidang kuasa Mahkamah Syariah ini juga perlu mengambil kira kedudukan, perjawatan, kemampuan, latihan dan kewangan institusi berkenaan.

“Penubuhan Jabatan Pendakwaan dan Penguatkuasaan Syariah Negeri perlu digerakkan dan dipercepatkan, dengan terpisah daripada Jabatan Agama…perjawatan pada hakim dan jawatan-jawatan lain berkaitan juga perlu dilihat semula agar maruah jawatan itu tidak diremehkan.

“Buat masa ini, Ketua Hakim Mahkamah Syariah Negeri hanya bertaraf Jusa C yang mana setaraf dengan Hakim Mahkamah Sesyen di Sivil. Tanpa memperkuatkan infrastruktur dan struktur Mahkamah Syariah, ia akan membawa kepada ketidakseimbangan dalam usaha memartabatkan Mahkamah Syariah secara menyeluruh,” katanya.

Semalam, di Dewan Rakyat, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan bersetuju menubuhkan satu jawatankuasa khas yang diperakui oleh Majlis Raja-Raja dalam usaha untuk mengangkat martabat Mahkamah Syariah.

Dalam sidang sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata seorang bekas ketua hakim negara dipilih untuk mempengerusikan jawatankuasa khas bagi mengkaji isu-isu melibatkan bidang kuasa Persekutuan dan negeri, khususnya berkaitan kompetensi DUN berkenaan penggubalan undang-undang syariah. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings