the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
29.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pan Gon gembira dapat skuad idaman

PETALING JAYA: Pengendali skuad kebangsaan Kim Pan Gon gembira dengan pemilihan pemain dan menyifatkannya sebagai pasukan terbaik setakat ini, bagi menghadapi saingan Piala Asia 2023 di Doha, Qatar bulan depan.

Menurut Pan Gon, beliau sangat berpuas hati kerana berjaya mengumpulkan semua pemain yang dimahukan kerana skuad Harimau Malaya akan berdepan tugas berat pada kejohanan berprestij yang dijadualkan pada 12 Jan hingga 10 Feb.

Bagaimanapun, jurulatih kelahiran Korea Selatan itu mengakui beliau sedikit terkilan kerana mereka tidak dapat menggunakan khidmat tiga pemain pertahanan – Sharul Nazeem Zulpakar, Azam Azmi Murad dan Muhamad Feroz Baharudin.

“Saya sangat gembira kerana semua pilihan saya dapat, kecuali dua pemain Khairul Nazeem dan Azam Azmi kerana kecederaan, jadi kami tidak boleh pilih, Feroz juga kami cuba dapatkan tetapi dia ada perancangan untuk berkahwin.

“Ia adalah skuad terbaik setakat ini, saya gembira dengan pemilihan ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada hari pertama kem latihan pusat di Wisma FAM Kelana Jaya, di sini hari ini.

Pan Gon berkata skuad Harimau Malaya kali ini lebih seimbang dengan gandingan pemain muda, senior dan beberapa pemain berpengalaman.

Beliau berkata keputusan menyenaraikan beberapa pemain berpengalaman termasuk Paulo Josue, 34, Brendan Gan, 35, dan Natxo Insa, 37, untuk memastikan pasukan lebih seimbang di bahagian pertahanan dan serangan, pada masa sama dapat membimbing pemain muda dalam perlawanan berprofil tinggi.

“Diharapkan pemain berpengalaman ini dapat menggunakan pengalaman mereka untuk memberikan tunjuk ajar dan membimbing pemain muda, supaya lebih tenang dan yakin. Kita belajar sesuatu daripada kejohanan lepas iaitu kita tidak seharusnya terlalu yakin,” katanya.

Sementara itu, Pan Gon berkata sebanyak 24 pemain melaporkan diri pada hari pertama kem latihan pusat di sini.

Beliau berkata Dion Cools akan menyertai pasukan itu pada awal Januari kerana masih mempunyai komitmen bersama kelabnya Buriram United manakala Endrick Dos Santos pula mempunyai urusan keluarga dan akan bersama pasukan dalam masa terdekat.

Malaysia yang menamatkan penantian 42 tahun untuk layak ke Piasa Asia secara merit, akan menentang Jordan dalam aksi pembukaan Kumpulan E pada 15 Jan, diikuti Bahrain (20 Jan) dan juara dua kali yang juga pasukan pilihan Korea Selatan pada 25 Jan.

Skuad Harimau Malaya dijadual berlepas ke Doha pada 1 Jan dan akan menentang Syria dalam perlawanan persahabatan tertutup pada 8 Jan. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

KBS assessing possibility of Malaysia hosting F1 race

KBS is actively holding discussions and conducting assessments on the possibility of hosting a Formula 1 (F1) race at the Sepang International Circuit (SIC) to replace the Bahrain Grand Prix (GP) this October.

Novum Studio Secures New Funding to Launch Ahoy Project, an AI-Native Enterprise Transformation Platform,...

NEW YORK, USA - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - Novum Studio, the company behind Frog - a Gen Z social app often described as a "new-generation Snapchat" - said it has raised a new round of funding and will use the proceeds to launch Ahoy Project, an AI-native enterprise communication and collaboration platform, with internal testing scheduled for July 2026.

Shorter Trips, More Meaningful Experiences: OZO Taps into the Rise of Micro-trips Across Asia-Pacific

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - As travellers across Asia-Pacific increasingly look for greater flexibility and balance in the way they travel, shorter and more frequent getaways are becoming a popular alternative to waiting for one long annual holiday.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings