the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pegawai penyiasat: Najib pindah wang daripada akaun peribadi ke akaun lain dianggap kesalahan AMLA

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa tindakan Datuk Seri Najib Abdul Razak memindahkan RM150 juta dan RM12 juta daripada akaun peribadinya ke akaun peribadi lain di bank AmIslamic dikategorikan sebagai kesalahan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA).

Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram ACP Foo Wei Min berkata dari sudut teori, pengubahan wang haram dari satu akaun ke akaun lain dianggap sebagai ‘layering’ atau berlapis, iaitu satu peringkat dalam proses pengubahan wang haram.

“Tindakan (memindahkan wang dari satu akaun ke akaun lain) itu juga disifatkan sebagai berlapis kerana ia adalah percubaan untuk mengelirukan pihak berkuasa, menyukarkan mereka untuk mengesan sumber awal wang itu,” katanya.

Saksi pendakwaan ke-48 itu merujuk kepada dakwaan tindakan Najib memindahkan RM150 juta dan RM12 juta, masing-masing pada 27 dan 30 Ogos 2013 daripada akaun AmIslamic yang berakhir dengan nombor 694 miliknya ke akaun 880 pada perbicaraan bekas perdana menteri itu membabitkan penyelewengan RM2.3 bilion daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bagaimanapun, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata tindakan itu mesti mempunyai unsur menyembunyikan, yang tidak dilakukan Najib memandangkan Bank Negara Malaysia (BNM) mengetahui mengenai transaksi berkenaan pada masa itu.

“Oleh itu, ketidakadilan telah berlaku kerana beliau (Najib) tidak dapat menjelaskannya semasa siasatan. Jika mahu menyembunyikannya, beliau tidak akan memindahkannya dari satu akaunnya ke akaun yang lain, bukan?” kata peguam itu.

Sementara itu, Muhammad Shafee, ketika merujuk kepada dokumen yang disediakan Foo memperincikan dana dalam akaun Najib, menyoal pegawai penyiasat itu sama ada beliau bersetuju Najib berbelanja besar untuk tujuan politik dan kebajikan, termasuk UMNO dan tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Foo bersetuju dengan Muhammad Shafee mengenai perkara itu.

Saksi itu juga bersetuju dengan cadangan peguam bahawa tiada wang itu digunakan untuk tujuan peribadi Najib, termasuk membeli kapal layar.

Najib, 70, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion milik 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings