the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pegawai polis terima 19 jahitan akibat cedera ketika Op Tapis

KUANTAN: Seorang pegawai polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut menerima 19 jahitan selepas cedera di bahagian muka akibat terjatuh ketika hendak menahan suspek semasa Op Tapis Khas Isnin lepas.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata pada kejadian kira-kira 8 malam itu, Insp Awang Ridhuan Awang Jamaluddin, 34, telah menahan sebuah kereta jenis Proton Persona dipandu seorang lelaki di Bandar Pusat Jengka.

Beliau berkata semasa mangsa hendak menjalankan pemeriksaan, suspek telah memecut kenderaan terbabit menghala ke Temerloh dan mangsa telah bertindak mengekori kereta suspek sebelum lelaki itu memberhentikan kenderaan di tepi jalan dan cuba melarikan diri.

“Mangsa telah mengejar suspek dan terjatuh sehingga mengalami kecederaan di bahagian muka serta tangan. Suspek berjaya melarikan diri dan kes disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Yahaya berkata orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek iaitu Mohd Yunuf Mohd Kapli, 40, boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh melalui talian 09-2716222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Sementara itu, beliau berkata menerusi Op Tapis berkenaan yang dijalankan selama tiga hari bermula Isnin di seluruh Pahang, sebanyak 424 individu termasuk 13 wanita berumur antara 19 hingga 60 tahun ditahan kerana terlibat dengan pelbagai kesalahan berkaitan dadah.

Menurutnya, pelbagai jenis dadah turut dirampas dengan anggaran nilai lebih RM37,900 dan jumlah sitaan kenderaan sebanyak RM24,000.

Bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini pula, Yahaya berkata pihaknya telah menahan 12,042 individu yang terlibat dalam kesalahan berkaitan dadah dengan nilai rampasan yang direkodkan sebanyak RM2.3 juta, manakala nilai sitaan pelbagai barangan berjumlah lebih RM2.4 juta. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Team Rey Young reach MWI 2026 quarterfinals on Esports World Cup debut in Paris

KUALA LUMPUR, July 22: Malaysia's Team Rey Young reached the quarterfinals of the Mobile Legends: Bang Bang Women's International 2026 (MWI) on their debut at the Esports World Cup (EWC) in Paris.The team secured a top-eight finish after progressing through Malaysia's domestic qualification pathway via the RedOne MLBB Ladies International Invitational.

Hariss Harun targets Singapore’s fifth Asean Hyundai Cup title as lions look to rise...

SINGAPORE, July 23: Singapore captain Hariss Harun believes the Lions are ready to challenge for a fifth ASEAN Hyundai Cup™ title as the tournament celebrates its 30th anniversary.Hariss, who has experienced Singapore's greatest triumphs and toughest periods over the past two decades, is preparing to play a leading role as the four-time champions begin their campaign in Group A.The Lions open their campaign against Cambodia at Morodok Techo National Stadium on Friday before hosting Timor-Leste at Jalan Besar Stadium next Monday.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings