the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pelaksanaan SHMMP 15 hari bermula 5 April, libatkan 22 barangan

NILAI: Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) bersempena dengan Aidilfitri melibatkan 22 barangan­ dilaksanakan selama 15 hari bermula 5 hingga 19 April.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali (gambar) berkata barangan di bawah skim itu termasuk daging lembu tempatan kecuali daging batang pinang, daging lembu import, daging kerbau import, ikan kembung, ikan selayang, ikan tongkol dan ikan demuduk.

Barangan lain termasuk tomato, cili merah, kubis bulat import, kacang panjang, timun, sawi hijau, halia tua import, bawang besar merah import, bawang besar kuning, bawang putih China, bawang kecil merah India, ubi kentang import, cili kering kerinting, kacang tanah, kelapa biji dan kelapa parut.

“Skim ini dilaksanakan bagi mengelakkan harga barangan dimanipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab terutamanya kepada barangan yang mempunyai permintaan tinggi seperti daging, bawang dan sebagainya,“ katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Armizan berkata SHMMP itu dikuatkuasakan melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 dan membolehkan penentuan harga dibuat terhadap peringkat pengeluar, pemborong dan peruncit.

Beliau berkata Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) turut melaksanakan pemantauan berterusan untuk memastikan keberadaan bekalan barangan adalah mencukupi.

Menurutnya, pegawai penguat kuasa KPDN di seluruh negara akan melaksanakan pemeriksaan dan pemantauan secara berterusan di lokasi-lokasi strategik seperti di pasar awam, pasar tani dan pusat beli-belah barangan keperluan perayaan.

“Pemilihan barangan ini juga berdasarkan penglibatan serius dilakukan bersama pihak industri iaitu pengeluar dan pemborong … kita harapkan skim ini dapat mengurangkan beban ditanggung masyarakat dalam persiapan menyambut Aidilfitri,“ katanya.

Dalam pada itu, mengenai harga ayam walaupun tidak tersenarai dalam skim berkenaan, Armizan percaya harga ditawarkan oleh peniaga bersempena dengan musim perayaan ini adalah stabil.

“Hasil pemantauan kita, harga ayam di pasaran dan jaminan daripada (KPKM), bekalan ayam mencukupi … jadi kita lihat harga ayam di pasaran adalah stabil.

“Sekiranya mendapati berlakunya kenaikan harga ayam yang tidak wajar, aduan boleh dilakukan melalui portal KPDN dengan menyatakan maklumat tepat supaya tindakan segera dapat dilakukan mengikut AKHAP 2011,“ katanya.

Sementara itu, beliau berkata sebanyak 32,348 premis diperiksa di seluruh negara dalam Op Pantau bermula 12 Mac hingga semalam membabitkan nilai kompaun RM19,100.

Beliau berkata daripada jumlah itu, 146 kes dikesan menerusi 1,030 laporan diterima melibatkan pelbagai kategori aduan.

Op Pantau bertujuan memantau aktiviti perniagaan sepanjang Ramadan dan Syawal dengan penguatkuasaan dijalankan secara berfokus di bazar Ramadan dan Aidilfitri, pasar awam dan basah, pasar raya besar, kedai runcit dan penjualan dalam talian. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings