the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pelan liberalisasi visa diperkukuh dengan langkah kawalan, penguatkuasaan bersepadu

PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (gambar) berkata pelaksanaan pelan liberalisasi visa yang bermula 1 Dis depan akan diperkukuh dengan langkah kawalan dan penguatkuasaan secara bersepadu oleh agensi penguat kuasa.

Beliau berkata antara aspek kawalan serta penguatkuasaan yang bakal dilaksana ialah mewujudkan pasukan khas Jabatan Imigresen bagi memantau pergerakan keluar pelancong China dan India.

“Pemantauan akan dilaksanakan pada tarikh akhir iaitu hari ke-30 mengikut tempoh keberadaan di dalam negara, yang akan dilaporkan secara berkala sebagai mekanisme kawalan dan penguatkuasaan,“ menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan antara inisiatif di bawah pelan itu ialah pemberian pengecualian visa selama 30 hari kepada rakyat China dan India ke Malaysia.

Saifuddin Nasution berkata aktiviti naziran akan dipertingkat di kawasan tumpuan warga asing seperti Masjid India, Plaza Low Yat dan Bukit Bintang bagi membanteras pendatang tanpa izin selain mempergiat risikan dan penguatkuasaan terhadap majikan yang menggaji atau melindungi mereka.

Beliau berkata prosedur ketat pemberian Notis Penolakan Masuk (NTL) masih dikekalkan dan tidak akan dikompromi manakala syarikat penerbangan diberi tanggungjawab menyemak serta memastikan pelancong yang masuk ke Malaysia memiliki tiket penerbangan pulang selain tempahan hotel yang disahkan sepanjang keberadaan mereka di negara ini.

“Cadangan untuk mewajibkan pengisian data di Kad Ketibaan Digital Malaysia (MDAC) yang berintegrasi dengan sistem Imigresen MyIMMs juga sedang diteroka bagi memastikan kemasukan pelancong asing direkodkan,” katanya.

Saifuddin Nasution berkata pelan liberalisasi visa diperkenal dengan penambahbaikan kemudahan Imigresen sedia ada yang dinikmati oleh pengembara ke Malaysia dari Eropah, Asia Tenggara dan Timur Tengah.

Beliau juga berkata antara inisiatif pelaksanaan pelan itu ialah pemberian kemudahan visa kemasukan berbilang sehingga 30 hari kepada semua pelancong yang ingin memasuki Malaysia.

Pemberian pas lawatan sosial jangka panjang sehingga 12 bulan turut diberikan kepada pelajar antarabangsa yang telah tamat pengajian di Malaysia bagi tujuan menyambung pengajian, melancong dan bekerja secara sambilan.

Saifuddin Nasution berkata pas itu dibuka kepada rakyat 23 negara berisiko rendah serta berpendapatan tinggi seperti Australia, New Zealand, Brunei, Singapura, Korea Selatan, Jepun, Jerman, United Kingdom, Perancis, Kanada, Switzerland, Belanda, Arab Saudi, Kuwait, UAE, Qatar, Oman, Bahrain, Sweden, Norway, Denmark, Finland dan Amerika Syarikat.

Beliau berkata selain itu, tempoh sah laku visa dipanjangkan daripada tiga bulan kepada enam bulan manakala tempoh kelayakan diselaras kepada minimum 30 hari bagi semua negara yang memerlukan visa untuk memasuki Malaysia.

Menurutnya, pelaksanaan pelan itu akan dikaji semula selepas setahun untuk menilai pulangan pelaburan kepada negara, keberkesanan inisiatif dan risiko keselamatan terhadap kemudahan imigresen yang diberikan.

“Sekiranya berlaku insiden atau kejadian di luar jangkaan, maka Pelan Liberalisasi Visa ini akan disemak semula untuk ditambah baik sebagai persediaan menjelang tahun 2025 dan 2026.

“Ini akan dapat membantu kerajaan memperkemas dasar serta prosedur berkaitan keimigresenan dan menjamin ketersediaan pasukan Imigresen di pintu masuk negara untuk menerima kehadiran pelancong asing dalam tempoh dua tahun akan datang,” katanya. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings