the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
30.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pemandu trak tunda didakwa tipu urusan jual beli kereta mewah

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu trak tunda hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menipu dua lelaki dalam urusan jual beli kereta mewah jenis BMW dan wang tunai RM200,000.

K. Thiviyen Raj, 26, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Datin Sabariah Othman dan Hakim Azrul Darus.

Di hadapan Sabariah, dia didakwa memperdayakan bekas penyelia sebuah syarikat swasta berusia 27 tahun dengan memberikan cek tendang berjumlah RM225,000 sebagai bayaran pembelian kereta daripada mangsa.

Di hadapan Azrul, Thiviyen Raj mengaku tidak bersalah memperdayakan seorang pengurus majlis berusia 40 tahun bahawa dia boleh mendapatkan kereta mewah terpakai sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang tunai RM200,000 kepadanya.

Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan di Laman Rimbunan Kepong di sini pada 3 Ogos 2023 dan di sebuah kondominium di Taman Kobena, Cheras pada Julai 2021.

Bagi kedua-dua pertuduhan, Thiviyen Raj didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Akmalzatul Mohamed Nawi dan Muhammad Amir Hannif Ahijman masing-masing menawarkan jaminan sebanyak RM50,000 dan RM80,000 dengan syarat tambahan pasport diserah kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Peguam Datuk A. Sheelan memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya perlu menanggung keluarga.

Sabariah dan Azrul kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 serta mengenakan syarat tambahan seperti yang dimohon pendakwaan dan menetapkan 15 April sebagai sebutan semula kes. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Singapore’s Largest Pet Event Returns Bigger Than Ever with Singapore Pet Festival 2026

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - Pet lovers can look forward to the return of SG Pet Festival 2026, Singapore's largest pet exhibition, happening from 31 July to 2 August 2026 at Marina Bay Sands Convention Centre, Halls A, B, C & D.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings