the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
29.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pemuda Amanah perlu jadi peneraju dapatkan sokongan PH, BN di negeri pembangkang

KUALA LUMPUR: Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) perlu menjadi peneraju dalam mendapatkan sokongan rakyat kepada Kerajaan Perpaduan, di empat negeri iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu yang kini ditadbir pembangkang.

Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu (gambar) berkata usaha itu, perlu dilaksanakan secara bersama dengan kekuatan Pemuda UMNO, sebagai usaha memulihkan kedudukan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di empat negeri itu.

“Untuk kita bertapak kembali di Kelantan dan Terengganu khususnya, kita perlu bekerja erat dan kuat supaya UMNO kembali kuat. Tak pernah saya cakap nak minta UMNO kuat, tetapi ini fakta…sebab itu kebersamaan kita antara PH, UMNO, BN di negeri-negeri ini perlu diusahakan secara bersungguh-sungguh.

“Bukan ada formula dan teori payah sangat, kalau ada Pilihan Raya Kecil (PRK) kita hurung betul-betul, turun, Pemuda cara pemuda, Wanita, WARDA (Wanita Muda Amanah), semua turun bersama, insya-Allah kita kembali memulihkan kedudukan di empat negeri,” katanya ketika merasmikan Konvesyen Pemuda Amanah Nasional 2023 di Bangsar di sini hari ini.

Mohamad berkata beliau mempunyai keyakinan Kerajaan Perpaduan akan terus memerintah dan menang pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16), kerana mempunyai undi yang banyak di tujuh negeri.

Beliau berkata tujuh negeri itu ialah Sabah, Sarawak, Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang, selain Kuala Lumpur yang menjadi kekuatan kerajaan kini.

“Di negeri-negeri ini, bila kita lihat perkembangan politik dan suasananya kita insya-Allah cukup majoriti untuk bentuk kerajaan,” katanya.

Mohamad juga menyuarakan keyakinan Kerajaan Perpaduan akan terus disokong penjawat awam, susulan sokongan kuat mereka pada beberapa PRK yang diadakan sejak kebelakangan ini.

“Undi penjawat awam kepada kita (sebelum ini) begitu parah, susulan wujud dakwaan kerajaan akan bertukar selepas pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri, (tetapi) selepas tidak ada pertukaran kerajaan, saya yakin selepas empat tahun (PRU16) kerajaan (Perpaduan) tidak (akan bertukar) dan penjawat awam akan bersama kita,” kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan itu. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

KBS assessing possibility of Malaysia hosting F1 race

KBS is actively holding discussions and conducting assessments on the possibility of hosting a Formula 1 (F1) race at the Sepang International Circuit (SIC) to replace the Bahrain Grand Prix (GP) this October.

Novum Studio Secures New Funding to Launch Ahoy Project, an AI-Native Enterprise Transformation Platform,...

NEW YORK, USA - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - Novum Studio, the company behind Frog - a Gen Z social app often described as a "new-generation Snapchat" - said it has raised a new round of funding and will use the proceeds to launch Ahoy Project, an AI-native enterprise communication and collaboration platform, with internal testing scheduled for July 2026.

Shorter Trips, More Meaningful Experiences: OZO Taps into the Rise of Micro-trips Across Asia-Pacific

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - As travellers across Asia-Pacific increasingly look for greater flexibility and balance in the way they travel, shorter and more frequent getaways are becoming a popular alternative to waiting for one long annual holiday.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings