the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penduduk Gaza terus derita, kini di ambang kebuluran

GAZA: Penduduk di Semenanjung Gaza ketika ini terus bergelut untuk meneruskan kehidupan selepas kediaman dan kemudahan infrastruktur musnah, kekurangan makanan serta terdedah dengan pelbagai penyakit berjangkit.

Konflik berdarah yang menyaksikan serangan bom Israel tanpa henti sejak 7 Okt telah menyebabkan penduduk di Gaza terpaksa berteduh di jalanan atau di celahan runtuhan konkrit, selain di pusat-pusat perlindungan yang terlalu sesak tanpa kemudahan yang mencukupi, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Di tengah-tengah kesengsaraan yang dihadapi, kini mereka diuji pula dengan masalah kebuluran dan risiko penyakit berjangkit ekoran kekurangan barangan asas seperti makanan, ubat-ubatan, makanan dan air bersih.

Kehidupan bertambah tertekan apabila barangan yang ada dijual dengan harga yang sangat tinggi.

Mustafa Ahmed berkata beliau terpaksa keluar seawal waktu subuh dengan harapan dapat beratur di bahagian hadapan di lokasi pengagihan tepung oleh Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA).

Bagaimanapun, beliau terpaksa pulang dengan perasaan hampa apabila barisan terlalu panjang ekoran orang yang terlalu ramai.

“Barisan itu seolah tiada penghujung. Saya kecewa kerana tidak dapat menyediakan roti untuk anak-anak yang kelaparan di rumah”, katanya.

Terdapat ribuan penduduk Gaza berusaha mendapatkan keperluan asas dan bahan makanan ruji seperti tepung di pusat pengagihan bantuan.

Penduduk berpusu-pusu untuk mendapatkan bekalan makanan kerana bimbang jeda kemanusiaan mungkin ditamatkan dan Israel kembali melancarkan serangan.

Ahmed berkata sejak bermulanya serangan tentera Israel ke atas Gaza semua lintasan sempadan ke Semenanjung Gaza ditutup dan tiada langsung barang keperluan harian dan bahan api dibenarkan masuk.

“Bekalan elektrik terputus sepenuhnya. Barangan makanan pula habis dan tiada bekalan baharu yang tiba.

“Produk tempatan juga tidak dapat dihasilkan kerana operasi semua kilang di Gaza terhenti akibat serangan berterusan Israel selain kehabisan bahan api,“ katanya.

Beliau berkata bukan mudah untuk mendapatkan bekalan tepung di Gaza lebih-lebih lagi apabila satu-satunya kilang tepung berhampiran iaitu di Deir al-Balah (zon tengah Gaza) musnah dibom.

Penduduk Gaza tiada pilihan selain terpaksa mengharapkan bantuan yang diagihkan UNRWA.

“Sukar untuk dapatkan makanan, jika dapat pun ia belum tentu cukup,” katanya.

Seorang lagi penduduk Yasser Abu Halib berkata permintaan untuk bekalan tepung di sini amat tinggi dan mereka yang mahukan tepung perlu ke pusat agihan dan perlu mengemukakan kad pengenalan.

“Kuantiti bantuan yang diagihkan ikut bilangan ahli keluarga dan pusat-pusat agihan pula sangat sesak. Ada yang terpaksa bermalam di pusat agihan dua atau tiga hari dan tidur di atas lantai semata-mata untuk masuk barisan lebih awal.

“Jika ke kedai runcit hanya ada produk pembersihan kerana barangan itu tiada tarikh luput dan sekarang barangan itu tidak diperlukan,“ katanya.

Sementara itu, pengarah makmal kilang memproses tepung as-Salam di bandar Deir al-Balah, Ihsan al-Farra berkata kilang itu masih boleh beroperasi dan pihaknya tidak akan mengambil kesempatan terhadap situasi semasa.

Bagaimanapun, ketidakupayaan mereka mengimport tepung dan kehabisan bahan api, memaksa mereka mengehadkan operasi kilang bergantung kepada penjana kuasa dan tenaga solar.

Seorang peniaga Hossam Al-Mashni berkata bekalan makanan dan semua barangan keperluan asas terputus dari pasaran Gaza kerana semua lintasan sempadan ditutup sepenuhnya dan hanya menjual apa yang berbaki di kedainya pada harga biasa.

Namun, beliau tidak menafikan ada peniaga yang memonopoli dan mengambil kesempatan.

Justeru beliau amat berharap jawatankuasa khas diwujudkan bagi membantu memastikan agihan bantuan dapat dilakukan secara adil dan sampai kepada sasaran.

Dengan adanya jawatankuasa itu, penduduk juga berharap pemantauan dapat dibuat supaya penjualan barangan mengikut harga asal sekali gus mengekang monopoli.

Agensi Berita Anadolu semalam melaporkan, menteri-menteri luar dari negara Kumpulan Tujuh (G7) menyuarakan sokongan mereka supaya jeda kemanusiaan yang berakhir semalam, dilanjutkan dengan menekankan pentingnya orang awam dilindungi.

Dalam satu Kenyataan Bersama menteri-menteri luar G7 itu berkata segala usaha mesti dilakukan untuk memastikan segala bantuan kemanusiaan termasuk makanan, air, bahan api dan bekalan perubatan sampai kepada orang awam. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings