the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pengarah restoran mamak didenda RM15,000 miliki barang kawalan lebih kuantiti

MELAKA: Seorang pengarah syarikat rangkaian restoran mamak bergelar datuk didenda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini selepas mengaku bersalah memiliki barang berjadual melebihi kuantiti dibenarkan.

Hakim Azaraorni Abd Rahman memutuskan hukuman tersebut terhadap Fadzil A Bakar, 66, dan turut mengarahkan tertuduh dipenjara dua bulan jika gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, Fadzil didapati ada dalam milikannya barang berjadual iaitu 267 unit minyak masak peket 1 kilogram (kg), 253 unit gula pasir kasar 1 kg dan 48 unit gula pasir kasar (gula jernih) 1 kg di premis perniagaan RB Bistro cawangan Jelatang di Pusat Perniagaan Jelatang dalam daerah Alor Gajah, sekitar 11.45 pagi pada 12 Disember 2023.

Kesalahan di bawah Peraturan 18 (1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 iaitu dalam perjalanan perniagaan, menggunakan barang berjadual melebihi kuantiti sepertimana dinyatakan dalam Bahagian IV Jadual dan didakwa di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 serta boleh dihukum di bawah Seksyen 22 (1) akta sama.

Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Terdahulu, peguam Maligaa Radhakrishnan yang mewakili Fadzil merayu hukuman berbentuk denda memandangkan tertuduh mempunyai penyakit jantung selain merupakan kesalahan pertama.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Suhana Mohd memohon hukuman setimpal kerana mengambil kira faktor kepentingan awam serta mencegah peniaga menyorokkan atau enggan menjual barangan kawalan. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings