the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pengasingan aset simpanan syariah KWSP dijangka beri pulangan dividen lebih baik

PUTRAJAYA: Aset simpanan syariah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diasingkan sepenuhnya mulai 1 Jan, 2024 yang dijangka dapat memberikan pulangan dividen Skim Simpanan Shariah yang lebih baik atau sekurang-kurangnya setara dengan Skim Simpanan Konvensional.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata pada masa ini, dividen bagi Skim Simpanan Shariah lebih rendah berbanding Skim Simpanan Konvensional.

Beliau berkata contohnya, dividen skim konvensional pada 2022 adalah 5.35 peratus manakala skim syariah adalah 4.75 peratus dan trend sedemikian berlaku beberapa tahun dengan dividen skim syariah tidak pernah mengatasi dividen konvensional.

“Pengasingan memberi kebebasan sepenuhnya kepada pelaburan syariah, maka ada kemungkinan pada tahun-tahun hadapan, (dividen syariah) jika tidak melebihi dividen pelaburan konvensional, paling kurang akan setara dengan pelaburan konvensional,“ katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Integriti Bersama Kementerian Kewangan (MOF) dan Agensi-agensi 2023 di sini, pada Khamis.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan yang turut hadir pada sidang media itu berkata pada masa ini, kira-kira 40 peratus daripada RM1.1 trilion aset di bawah pengurusan KWSP adalah aset syariah.

Beliau berkata apabila kedua-dua skim ini diasingkan, KWSP boleh membezakan simpanan dan pelaburan yang dibuat, dengan skim syariah bebas memilih pelaburan serta boleh meningkatkan pulangan, sekali gus merapatkan jurang antara skim konvensional dan syariah.

“Tetapi, pulangan (daripada pelaburan) yang kita dapat semestinya bergantung kepada prestasi aset yang kita ada. Usaha kita, kita asingkan dulu dan kita lihat cara untuk kita boleh kurangkan jurang (dividen),” katanya.

Sementara itu, Ahmad berkata MOF akan meneliti secara serius setiap teguran serta ketirisan yang dilaporkan menerusi Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022.

“Perkara ini berhubung rapat dengan integriti seperti penyalahgunaan kuasa dan juga rasuah, jika ia boleh dikurangkan maka banyak perkara boleh diselamatkan. Jadi, kita harap kebocoran dan teguran Ketua Audit Negara itu akan mempercepat dan mempercekap urusan kewangan,” katanya.

Mengenai teguran terhadap kelemahan pengurusan pembangunan dua projek hartanah Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Ahmad berkata MOF mengambil maklum perkara itu dan berharap pihak berkaitan mengambil tindakan sewajarnya.

LKAN 2022 mendapati LADA gagal mengutip hasil pajakan tanah dua projek iaitu Projek Pembangunan Hotel St Regis sebanyak RM3.19 juta sejak 2018; dan pajakan tanah untuk Projek Perkampungan Tok Senik sebanyak RM8.30 juta sejak 2003. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings