the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
30.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penjara Kelantan, LGM latih banduan jadi penoreh getah

KOTA BHARU: Jabatan Penjara Kelantan dengan kerjasama dengan Lembaga Getah Malaysia (LGM) cawangan negeri telah mengambil inisiatif melatih banduan untuk menjadi penoreh getah di bawah Program Pembebasan Banduan Secara Lesen (PBSL) dan parol.

Pengarahnya Mat Yaakob berkata di bawah program itu, 93 prospek (banduan) dari Pusat Pemulihan Akhlak Machang ‘dibebaskan’ untuk bekerja sebagai penoreh getah di ladang-ladang sekitar Kuala Krai, Tanah Merah serta Gua Musang, semalam.

“Banduan-banduan itu berada di bawah syarikat Pembekal Perkhidmatan Korporat, dan usaha terbaharu ini dilaksanakan dengan kerjasama LGM Kelantan,“ katanya ketika ditemui pemberita selepas Sambutan Hari Penjara ke-234 Peringkat Penjara Negeri Kelantan dan Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Penjara Pengkalan Chepa di sini, hari ini.

Beliau berkata di bawah pelbagai program yang dilaksanakan Jabatan Penjara, 99.9 peratus banduan di Kelantan mendapat pekerjaan sebaik sahaja mereka dibebaskan.

“PBSL terbukti membantu banduan hidup lebih baik dalam masyarakat, di Kelantan hanya 0.24 peratus banduan kembali semula ke penjara,“ katanya.

Terdahulu pada majlis itu, Penolong Kanan Komisioner Kamarulzaman Ismail dilantik sebagai Pengarah Penjara Pengkalan Chepa menggantikan Penguasa Penjara Mohamad Saizi Ibrahim. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

US gives RM1 million for Tugu Negara restoration

US Embassy Chargé d'Affaires David H. Gamble Jr. said the contribution comes from the US government and the American people as a gift for Malaysia in celebration of its 70 years of independence next year.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings