the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Perak catat lebihan pendapatan RM62.4 juta tahun lepas

IPOH: Kerajaan negeri berjaya merekodkan lebihan pendapatan berjumlah RM62.4 juta sepanjang tempoh 2023 berbanding RM29.6 juta yang dicatatkan pada 2022.

Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad (gambar) berkata ia merupakan jumlah tertinggi dicatatkan dalam sejarah negeri.

“Pada suatu ketika kita pernah melalui episod hitam merekodkan defisit mencecah RM78.01 juta iaitu pada tahun 2020, dan defisit RM6.59 juta pada 2021 akibat serangan Covid-19.

“Namun, kita telah berupaya bangkit untuk kembali mencatat surplus untuk dua tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2022 dan 2023. Maknanya, kita dapat buat kutipan dan menguruskan perbelanjaan dengan baik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas berucap sempena Executive Talk dan Perutusan Tahun Baru 2024 di Hotel Casuarina@Meru di sini, hari ini yang turut dihadiri lebih 700 penjawat awam.

Saarani berkata prestasi kewangan negeri juga menunjukkan pengukuhan yang memberangsangkan apabila mencatatkan jumlah RM1.21 bilion sepanjang tempoh tahun lepas.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata kerajaan negeri bersedia untuk menggantikan rumput padang sedia ada di Stadium Perak dengan rumput jenis Zeon Zoysia sekiranya mendapat geran yang diperuntukkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Katanya tawaran berkenaan bukan hanya menarik bahkan mampu menjimatkan kos penyelenggaraan dan naiktaraf stadium yang buat masa ini tertakluk dibawah bidang kuasa Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Pada 9 Januari lalu, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah menawarkan geran RM500,000 kepada semua negeri, untuk menaik taraf infrastruktur padang bola sepak di lokasi perlawanan Liga Malaysia. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings