the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Perbicaraan kes dana 1MDB: Pendakwaan berhasrat panggil Jasmine Loo

KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak membabitkan penyelewengan RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa bekas peguam 1MDB Jasmine Loo Ai Swan akan dipanggil memberi keterangan dalam kes itu.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib berkata pihak pendakwaan bercadang untuk memanggil Loo selepas mengambil kira keterangan Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram ACP Foo Wei Min, yang mempunyai kaitan dengan wanita itu (Loo).

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah berkata perkembangan ini adalah suatu yang baharu.

Pada 16 Nov, Foo memberi keterangan bahawa Loo akan menjadi saksi penting untuk mendedahkan semua isu mengenai Tanore Finance Corporation, sebuah entiti yang telah memindahkan US$681 juta ke dalam akaun peribadi Najib dan dikatakan dikawal oleh rakan kepada ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low, Eric Tan Kim Loong.

Foo juga bersetuju dengan cadangan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib bahawa keterangan Loo boleh sama ada membawa kesan buruk atau membebaskannya dari segi isu yang berkaitan dengan operasi Tanore.

Foo turut memberi keterangan bahawa Loo adalah pembantu peribadi kepada Jho Low.

Pada 12 Julai, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan Loo ditahan polis pada 7 Julai bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana 1MDB.

Pada prosiding hari ini, Muhammad Shafee memaklumkan mahkamah bahawa beliau masih perlu menyoal balas saksi pendakwaan ke-46 iaitu bekas Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, dan bekas Ketua Pegawai Kewangan 1MDB Azmi Tahir.

“Yang Arif, saya akan menyoal balas kedua-dua mereka (Zeti dan Azmi) selepas saya menyoal pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Nur Aida Arifin,” kata Muhammad Shafee.

Seperti yang dilaporkan minggu lepas, Nur Aida masih dikuarantin selepas dijangkiti virus COVID-19 dan perbicaraan hari ini hanya mendengar keterangan penganalisis BNM Adam Ariff Mohd Roslan.

Najib, 70, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion milik 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan bersambung 2 Jan 2024. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Horizon Motoring named Distinguished Brand of the Year, strengthens its position in Singapore’s used...

Horizon Motoring Pte Ltd, recently recognised as the Distinguished Brand of the Year, continues to demonstrate resilience and growth in Singapore's evolving automotive landscape by staying focused on customer value, market expertise and long-term sustainability.

Jamf launches AI Governance, a first-of-its-kind native AI control plane for Mac

Jamf, the standard in managing and securing Apple at work, has announced general availability of AI Governance, a new capability within Jamf for Mac that enables IT and security teams to discover actively-used AI tools, enforce policy controls, and generate audit-ready reporting.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings